Pernahkah anda mendengar tentang suku Mentawai di Indonesia? Suku ini dikatakan masih wujud dan menetap di Kepulauan Mentawai, barat kota Padang. Apa yang menariknya suku ini dilihat masih menjalankan aktiviti sara diri diri seperti memburu dan memancing untuk meneruskan hidup.

Jurugambar Danan Wahyu Sumirat walau bagaiamanpun telah melakukan perjalanan ke pulau Mentawai dan berjaya membuat dokumentasi mengenai gaya hidup kira-kira 64,000 orang penduduk di pulau itu.

Banyak maklumat menarik mengenai suku ini, antaranya ialah mereka percaya bahawa setiap makhluk hidup mempunyai jiwa atau semangat. Selain itu, mereka juga sangat menghormati alam, terutamanya sungai. Bagi mereka, merosakkan atau mencemarkan sumber air adalah sebuah dosa.

Mereka menghabiskan hari-hari mereka dengan berburu dan memancing. Aktiviti mereka juga dilakukan mengikut jantina. Aktiviti berburu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki manakala golongan wanita akan menangkap ikan.

“Saya sentiasa mahu membuat dokumentasi mengenai suku ini. Mereka adalah golongan yang sangat menarik. Saya selalu tertanya-tanya bagaimana mereka hidup dengan bahagia dan aman, jauh dari bandar yang sibuk. Melihat kehidupan orang Mentawai lebih rapat telah membuatkan saya menyedari bahawa kehidupan sebenarnya sangat mudah jika kita mencintai alam semula jadi,” kata Danan.

Danan berkata: “Saya menyedari bahawa rakyat Mentawai sangat teratur. Kerja mereka dibahagikan mengikut jantina. Terdapat beberapa pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki, salah satunya adalah memburu. Dari umur lima tahun, kanak-kanak lelaki diberi buluh runcing supaya dapat berlatih berburu. Selepas mencapai umur 10 tahun, mereka diperkenalkan dengan anak panah beracun yang digunakan untuk memburu di hutan. “

Suku ini juga mempunyai kebiasaan tersendiri iaitu dengan mengadakan pesta untuk anak lelaki sebelum mereka berburu buat kali pertama untuk mengelakkan pertanda buruk.

Golongan wanita akan menggunakan Panu iaitu perangkap ikan yang diperbuat daripada dua buah kayu sepanjang tiga meter, dengan bahagian tengahnya disambungkan dengan sejenis jaring.

Melihat gaya pemakaian mereka pula mereka masih tidak menggunakan pakaian seperti kita. Hal ini kerana mereka masih tidak biasa dengan teknik tenunan atau jahitan. Jadi, mereka menggunakan daun untuk menutupi alat kelamin sementara bahagian atas tubuh mereka hanya dibiarkan terdedah.

“Sama ada lelaki atau perempuan, bahagian dada mereka memang dibiarkan terdedah. Wanita memakai skirt yang diperbuat daripada daun manakala golongan lelaki pula menutup kemaluan mereka dengan kulit kayu yang rata. Mereka memilih dahan dan daun mengikut saiz orang dan mereka melakukan kerja-kerja itu tanpa merosakkan bahagian hujungnya dengan memotongnya dengan menggunakan parang. Selepas mendapat kulit kayu, kulit luar dan kulit dalam dipisahkan dan perlahan-lahan dililit untuk membuat Kabit,” kata Danan.

Setelah seharian berburu dan menangkap ikan, orang Mentawai akan berehat pada waktu malam.

Danan memberitahu sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, mereka semua suka menari dan menggambarkan cinta mereka terhadap alam semula jadi dan haiwan dalam pergerakan tarian mereka yang dikenali sebagai Laggai Turuk.

Mereka akan memakai hiasan kepala seperti mutiara dan bulu yang berwarna-warni, dan daun yang diletakkan di belakang badan mereka, seperti badan ayam.

Menurut Danan, alam tidak dapat dipisahkan dari kehidupan orang Mentawai. Selain menjadi sumber hidup, alam juga memberikan inspirasi seni kepada mereka. Jika diperhatikan corak tatu pada badan mereka biasanya menyerupai corak haiwa atau tumbuh-tumbuhan.

Persembahan Turuk bukan sahaja merupakan sebahagian daripada proses rawatan tetapi diperkenalkan oleh nenek moyang mereka supaya mereka terselamat daripada penyakit dan bencana.

Satu-satunya pakar dalam masyarakat ini ialah dukun yang bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan semangat dan jiwa. Jika ada penyakit atau kemalangan yang berlaku, dukun akan dipanggil untuk tujuan pemulihan.

Sumber: cerpen

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds