Pada era yang modenisasi ini, amalan menabung masih kurang mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat walaupun cara menabung kini lebih efisien dan selamat berbanding dengan cara menabung masa dahulu.  Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah menabung kepada seseorang atau sesebuah keluarga. Amalan menabung ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos sara hidup yang semakin kompleks dan mencabar.

Kredit: Hustler Money Blog

Antara kepentingan amalan menabung kepada sesebuah keluarga ialah mempunyai sumber kewangan bagi masa hadapan. Oleh itu, para suami isteri perlu menabung untuk menjamin kewangan yang stabil. Berikut adalah tips atau cara mudah bagi pasangan suami isteri untuk mengumpul RM5 ribu setahun. Ikuti perkongsian daripada Hafizul Hakim ini:

Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

4. Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

5. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

6. 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan. Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan.

Kredit: Hafizul Hakim

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Sumber : Hafizul Hakim/Facebook

 

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds