Satu fakta menyedihkan berkaitan bencana alam yang ditanggung oleh kerajaan di seluruh dunia ialah perbelanjaan sejumlah wang yang besar untuk usaha menyelamat dan merawat berbanding pencegahan.

Jika anda baca berita mengenai banjir yang berlaku di beberapa kawasan di seluruh dunia pasti anda menyedari bahawa perkara tersebut bukanlah satu perkara yang baru sahaja berlaku, malah peristiwa tersebut telah acap kali berlaku.

Netherland walau bagaimanapun ternyata berbeza daripada kebanyakan negara di dunia.

Meskipun fakta menunjukkan bahawa negara ini sentiasa berhadapan dengan ancaman bencana alam kerana berada di bawah paras laut dan terletak di hujung benua Eropah, namun Netherland telah belajar untuk menangani ribut dan pasang surut dengan cara yang cukup mengagumkan!

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh New York Times, rakyat Netherland tidak menganggap bencana alam sebagai kemerosotan ekonomi malah melihatnya sebagai satu peluang untuk mereka maju setapak ke hadapan.

Pasti anda tertanya-tanya, apakah dan bagaimanakah mereka melakukannya bukan? Mereka belajar ‘hidup dengan air daripada bertungkus lumus mengalahkannya’.

Mereka membina tasik, garaj, taman untuk kegunaan harian namun dalam masa yang sama turut berguna sebagai kawasan takungan air ketika banjir berlaku.

Netherland telah membina pintu banjir gergasi yang dikenali sebagai Maeslantkering. Menurut New York Times, saiznya seperti dua buah Menara Eiffle. Boleh anda bayangkan betapa besarnya mesin tersebut?

Selain itu, mereka juga membina rumah terapung yang mana memudahkan mereka sekiranya banjir berlaku.

Menurut Ketua Pegawai Ketahanan Rotterdam, Arnoud Molenaar kawalan banjir adalah satu cara hidup. Katanya lagi, mereka dapat menangani isu bencana alam dengan lebih baik merupakan hasil daripada memperbaiki kawasan awam. Itulah nilai tambah ekonomi yang diperoleh melalui pelaburan dalam bidang ketahanan.

Semoga negara-negara lain termasuklah Malaysia mengambil pelajaran daripada usaha pencegahan banjir yang telah dilakukan oleh Netherland. Bencana alam bukan sahaja dapat ditangani dengan lebih berkesan malah jumlah mangsa yang terlibat juga dapat dikurangkan.

Kredit: ATTN: Video/Facebook

Sumber: EliteReadersATTN: Video/Facebook

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds