Tahun ini menyaksikan sejumlah besar peletakan jawatan terutamanya melibatkan golongan atasan ataupun Ketua Pegawai Eksekutif mana-mana syarikat. Dan kini, tiba giliran adik beradik bekas pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kenyataan akhbar pada 24 September lalu ada menyatakan bahawa Pengerusi Kumpulan CIMB Berhad iaitu Dato’ Sri Nazir Razak akan meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 31 Disember 2018. Menurut kenyataan pihak CIMB, pelan penggantian sedang dilakukan bagi menentukan siapa yang akan menggantikan jawatan pengerusi seterusnya serta tarikh pengambil alihan individu yang menggantikannya.

Kredit: BFM News/Twitter

Sementara itu, Nazir Razak ada memuat naik gambarnya beserta kenyataan melalui kenyataan Instagramnya bagi mengucapkan terima kasih dan rancangan masa depannya. “Saya berumur 52 tahun. Sudah tiba masanya untuk saya melakukan sepenuhnya misi seterusnya saya ke peringkat ASEAN,” menerusi petikan kenyataannya.

 

View this post on Instagram

 

The sun is setting on my time in CIMB. I just announced that I will step down as Chairman of CIMB by 31st December 2018. The Board will now activate its succession plan to decide on the next Chairman and the exact date of handover. Over the last 29 years, I have had the privilege of a front row seat on the amazing CIMB journey from fledgling corporate finance franchise to leading Malaysian investment bank to an ASEAN universal bank. Thank you CIMB, #teamCIMB and #CIMBalumni. After our CEO transition in 2014 and then success of T18, CIMB is now financially strong, organisationally robust and firmly institutionalised. My CIMB mission is accomplished and final affirmation of success will come with my departure and CIMB continue grow from strength to strength. I am 52 years young. It is time for me to commit fully to my next mission on the Asean stage.

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Kredit: nazir.razak/Instagram

Pada hari yang sama juga, seorang lagi adik Najib, iaitu Datuk Mohamed Nizam Razak turut mengumumkan bahawa beliau juga akan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Petra Energy Berhad. Menurut laporan New Straits Times, Nizam yang memiliki saham berjumlah RM29.25 juta di Petra Energy memutuskan untuk meletakkan jawatan bagi mengusahakan perniagaan lain. Berita peletakan jawatannya diumumkan setelah beberapa jam selepas pengumuman oleh Nazir.

Kredit: Malaysian Update

Sumber: World of Buzz, Malaysian Update, New Straits Times

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds