Ia mungkin boleh menjadi keajaiban dunia seterusnya, ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui sebuah kuil kuno yang telah diukir dari sebuah batu pergunungan. Terletak di Elora, Maharashtra, India, kuil ini dikenali sebagai Kuil Kailasa. Ada yang memberi nama Kailash. Kuil Kailasa didedikasikan untuk kepercayaan agama Hindu dan diperintahkan Raja Krishna I dari dinasti Rashtrakuta di India kuno untuk membinanya.

Ahli-ahli arkeologi bingung terhadap Kuil Kailasa

Sumber: aliensdoc

Ia membentuk sebahagian daripada kompleks kuil gua dimana setiap strukturnya adalah serupa.

Pembinaan

Sumber: aliensdoc

Apa yang telah membingungkan dan mengagumi para saintis adalah pembinaan kuil. Tidak seperti kebanyakkan kuil yang dibina dari bawah tanah, kuil Kailasa diukir terus dari batu gunung. Untuk menambah lagi tahap kekaguman, 400,000 tan batu digali dan ditarik keluar semasa pembinaan kuil tersebut.

Kuil ini dibina sekitar abad ke-8 A.D, dan ia amat menarik bahawa teknologi pada masa itu dapat menyumbang kepada tugas pembinaan yang begitu bermakna. Orang mungkin tertanya-tanya pada skop pembinaan dan menganggarkan kuil itu akan selesai selepas beberapa dekad atau berabad-abad lamanya. Walau bagaimanapun, kuil itu hanya mengambil masa kurang daripada 18 tahun untuk diselesaikan, menurut anggaran saintifik.

Dianggarkan bahawa 60 tan batu dialihkan setiap hari semasa fasa pembinaan kuil. Pekerja kuil bekerja selama 12 jam sehari mengangkut sekurang-kurangnya 5 tan batu keluar dari gunung dalam masa sejam. Para saintis masih belum mengetahui sepenuhnya tentang kaedah-kaedah pembinaan yang digunakan bersama dengan alatan yang ada pada masa itu membuatkan mereka bingung bagaimana ia dibina.

Seni bina

Sumber: aliensdoc

Kuil Kailasa adalah sebahagian daripada 34 kompleks biara dan kuil yang merangkumi kawasan seluas 2 kilometer. Kerana ia dipotong dari pergunungan dan diukir dari tebing basalt secara kolektif dikenali sebagai gua-gua Elora.

Kuil ini mempunyai ketinggian sepanjang 98 kaki, lebar 109 kaki, dan mempunyai kedalaman 164 kaki. Ini menjadikannya kemungkinan salah satu struktur yang paling terbesar di dunia. Pintu masuk kuil menghadap ke arah barat, apa yang luar biasa mengenai pintu masuk adalah tahap ketepatan sudut 270-275 yang ditunjukkan pada kompas.

Gerbang 2 tingkat menghiasi pintu masuk ke kuil membawa ke halaman berbentuk U. Kuil ini didedikasikan untuk menyembah Dewa Vishnu dan Dewa Shiva, Kedua-dua dewa ini menyelaraskan bahagian dalam kuil itu. Tiga tingkat garis perimeter halaman anjungan mempamerkan banyak ukiran panel yang menakjubkan dan reka bentuk yang mengagumkan.

Sumber: aliensdoc

Kompleks dan tangga megah menghubungkan kepada pelbagai kawasan kuil bersama, menambah keindahan tempat itu.

Dibina oleh Makhluk Asing?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, waktu ketika kuil itu dibina dan teknologi yang wujud pada masa itu ditambah dengan masa yang diperlukan untuk membina meninggalkan pelbagai persoalan terhadap ahli saintis. Keseluruhan prestasi hasil yang ditunjukkan pada kuil itu agak mustahil untuk dicapai pada ketika itu.

Kredit: The Bridge, Film, TV and Media Services/Facebook

Sumber: The Bridge, Film, TV and Media Services/Facebook, AlienDocs.Org

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds