Kereta merupakan kenderaan yang memudahkan perjalanan kita ke lokasi yang dikehendaki. Bagi golongan muda khasnya, mereka pasti berasa seronok apabila dapat memiliki kereta sendiri kerana dengan itu mereka boleh bersiar-siar sambil menikmati muzik, berseronok sehingga mahu tidur di dalamnya apabila sudah kepenatan memandu.

Apa yang tidak diketahui, bahaya sedang menanti apabila mereka tidur dengan keadaan penghawa dingin yang terpasang, walaupun mereka berasa amat seronok terlena dengan tiada bunyi yang bising dari luar.

Kredit : montrealracing.com

Tahukah anda dengan berbuat begitu, anda sedang mengundang bahaya dan maut pada diri? Dalam masa kurang satu jam, sekiranya anda tidak membuka tingkap pada kereta, ia boleh menyebabkan kematian.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian di dalam kereta sendiri :

1. Masalah kebocoron ekzos kereta.

Kredit :  henkeladhesivesna.com

Sekiranya kereta anda mempunyai masalah ciri mekanikal, terdapat kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta memasuki kabin kereta. Sekiranya anda tidur di dalam kereta, ia boleh meningkatkan risiko mati lemas akibat terhidu gas dari ekzos.

2. Peningkatan gas karbon monoksida.

Kredit : Harian Metro /Gambar Hiasan

Apabila enjin kereta dihidupkan bersama penghawa dingin, gas karbon monoksida (CO) yang dikeluarkan dari ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan. Antara sebab anda akan maut kerana lemas.

3. Penurunan paras oksigen dalam darah.

Kredit : Go Go Health Everyone / Gambar Hiasan

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta akan memberi kesan kandungan oksigen dalam sel darah. Ia akan mengakibatkan darah membawa lebih banyak kandungan racun karbon monoksida sehingga menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

4. Bagaimana sekiranya tingkap dibuka?

Kredit :  cartoq.com

Walaupun dengan tingkap yang dibuka, karbon monoksida akan tetap terkumpul dan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah sekiranya enjin kereta tidak dimatikan. Kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas beberapa ketika.

5. Mengapa keadaan berlainan ketika kita sedar dan sedang memandu?

Kredit : Nikkei Asian Review / Gambar Hiasan

Jawapan yang mudah. Kita akan cepat berasa tersedar dengan perubahan suhu dan sekiranya terdapat kebocoran gas, kita boleh menghidunya. Jika kita berasa pening dan tidak selesa, kita akan bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Doktor menasihati pemandu tidur di dalam kereta apabila dalam keadaan kecemasan sahaja.

Kredit :  hdnux.com

Kita perlu mengetahui keadaan kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti diri terlalu kepenatan atau berasa diri tidak sihat. Pun begitu, kita tidak boleh tidur dalam keadaan kereta yang tertutup dengan penghawa dingin dihidupkan. Untuk tidur sebentar dan berehat di dalam kereta, matikan penghawa dingin dan enjin kereta, dan buka tingkap kereta.

Pastikan anda selalu memeriksa keadaan penghawa dingin kereta berada dalam keadaan yang baik. Apabila melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan, minta mekanik memeriksa keadaan penghawa dingin setiap enam bulan sekali.

Sumber : Goody Feed , Drive SparkSAYS

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds