Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kos sara hidup yang meningkat saban hari memberi kesan kepada kita semua, tidak kiralah berapa banyak jumlah wang kita menabung.

Sejak tahun 90-an lagi, tabiat berbelanja oleh rakyat Malaysia telah dipantau oleh pakar-pakar ekonomi dan nampaknya terdapat banyak perubahan terhadap cara kita berbelanja di sepanjang tempoh dua dekat ini.  

Kredit: gilahartanah

Kini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang bertajuk “Isi Rumah Negeri 2018 : Realiti Yang Berbeza”, menunjukkan beberapa statistik yang membimbangkan mengenai pendapatan isi rumah Malaysia telah ditemui.

Berikut adalah beberapa penemuan kajian:

  • Pada tahun 2016, isi rumah dari majoriti daerah yang diperoleh kurang daripada pendapatan isi rumah median Malaysia (RM5,228).
  • Isi rumah yang berpendapatan sekitar pendapatan isi rumah median mempunyai baki sekitar RM1,811 pada 2016, manakala pada tahun 2014, isi rumah ini mempunyai baki sebanyak RM1,990.
  • Di Kuala Lumpur, purata pendapatan isi rumah hampir dua kali ganda lebih daripada kawasan lain di Malaysia.
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 hanya mempunyai baki RM76 selepas ditolak perbelanjaan isi rumah. Jumlah ini kurang daripada pada tahun 2014, yang menyaksikan isi rumah ini mempunyai baki RM124.
  • Daripada tahun 2014 hingga 2016, pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 telah mengurangkan penbelanjaan makanan, walaupun mereka telah membelanjakan lebih banyak wang kerana inflasi makanan yang tinggi.

Kredit: keywordsuggest.org

Kajian itu membuktikan keadaan yang membimbangkan kebanyakan isi rumah daripada bawah 40 peratus (B40) kerana mereka mungkin berpotensi terdedah kepada kejutan ekonomi atau kecemasan.

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kesan kenaikan kos sara hidup dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia terhadap corak berbelanja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut baca laporan penuh KRI.

Sumber: World of BuzzKhazanah Research Institute

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds