Kita sering mendengar syarikat di Jepun mengamalkan disiplin bekerja yang tinggi demi menjaga kualiti pekerjaan dan tahap kecekapan pekerja. Tetapi sebuah syarikat di Osaka, Jepun mengambil pendekatan berbeza dengan mengamalkan prinsip dan moto bekerja dengan peraturan yang berbunyi, ‘Jangan melakukan pekerjaan jika anda tidak suka melakukannya’.

Lima tahun yang lalu, sebuah syarikat pemprosesan udang bernama Syarikat Makanan Laut Papua New Guinea di Osaka terpaksa menstruktur semula bahagian pengurusan sumber manusia demi meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti pekerjaan serta mengurangkan kos. Akan tetapi, pihak pengurusan syarikat tidak membuang pekerja, sebaliknya telah memperkenalkan satu konsep jadual bekerja baru yang unik.

Kredit : Soranews24

Para pekerja di syarikat ini telah diminta untuk menetapkan sendiri peraturan bekerja secara bebas, dengan datang bekerja dan menghabiskannya mengikut waktu sendiri dan mereka boleh mengambil cuti tanpa perlu memberitahu pihak pengurusan. Apa yang penting, para pekerja perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan tempoh waktu bekerja mereka dengan menulis dan menandanya di atas papan putih yang disediakan sebelum pulang.

Mungkin peraturan bekerja di syarikat ini kelihatan sedikit pelik dan mendedahkan syarikat kepada risiko kerugian, kerana jika pihak syarikat tidak memaksa para pekerja untuk datang bekerja, akan terdapat kemungkinan semua pekerja tidak datang bekerja secara serentak pada satu-satu masa.

Kredit : Soranews24

Akan tetapi, jika difikirkan secara mendalam, mengapa perlu seorang pekerja yang rajin dan cekap tidak mahu membantu syarikat yang memberi mereka sumber rezeki setiap bulan, disamping mendapat kebebasan bekerja dengan cara yang paling menyeronokkan. Sudah pasti mereka tidak mahu syarikat menanggung kerugian dan bankrap kerana masalah pekerja dan produktiviti.

Pendekatan yang diamalkan oleh Syarikat Makanan Laut Papua New Guinea dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada para pekerja untuk menguruskan waktu bekerja sendiri ini telah memberi kesan peningkatan produktiviti dan kos pengurusan syarikat telah dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus.

Kredit : Soranews24

Syarikat pemprosesan udang dan makanan laut ini telah mengamalkan pendekatan unik selama lima tahun dan prestasi syarikat terus kukuh dengan hanya pernah mengalami insiden masalah ketidakhadiran pekerja secara serentak sebanyak dua kali. Pihak pengurusan berkata lebih ramai pekerja yang datang bekerja pada hari yang sama berbanding mengambil cuti pada hari yang sama.

Mengapa para pekerja begitu bersungguh-sungguh mengekalkan pekerjaan mereka di syarikat ini? Sebabnya, syarikat membuat peraturan yang perlu diikuti secara serius iaitu para pekerja tidak perlu melakukan tugas jika tidak suka atau tidak mahu melakukannya.

Kredit : Soranews24

Syarikat memberi alasan yang sangat mudah dalam menguatkuasakan peraturan ini, iaitu seseorang itu akan bekerja dengan perlahan apabila melakukan perkara yang mereka berasa tidak seronok, tidak gembira atau tidak suka. Jadi, setiap pekerja di syarikat ini melakukan tugas di bahagian yang paling mereka sukai, dan akibatnya produktiviti mengalami peningkatan pada tahap terbaik.

Kerja membabitkan pemprosesan udang sudah pasti amat rumit dan leceh. Tidak semua orang yang suka dan rela melakukan pekerjaan menyahbeku, menimbang dengan tepat, membersihkan bahagian udang dengan teliti, mengasing mengikut saiz, memasak, membungkus dan memvakum sehingga menjadi satu produk makanan laut yang telah diproses sempurna. Jadi, amat penting para pekerja memilih tugasan di bahagian yang mereka sukai sehingga menjadi pekerja yang cekap dan mahir.

Kredit : Soranews24

Syarikat Makanan Laut Papua New Guinea mengambil pekerja yang terdiri daripada kaum wanita yang juga merupakan golongan ibu berkeluarga. Dengan membuat jadual bekerja sendiri, pekerja ini tidak perlu berasa bimbang untuk menguruskan anak yang sakit atau tercedera kerana mereka tidak perlu mengambil cuti sakit jika terjadi perkara kecemasan, atau masalah peribadi lain. Salah seorang pekerja merupakan seorang lelaki pertengahan usia yang tidak pernah bekerja sebelum ini, tetapi kini dia menjadi pekerja yang rajin sehingga menjadi cekap disebabkan sistem jadual pekerjaan bebas dan fleksibel.

Kredit : Soranews24

Syarikat dan para pekerja mendapat manfaat yang sama apabila mereka bersepakat untuk memajukan syarikat menurut peraturan unik yang telah berjaya dilaksanakan. Mereka menjadi lebih fokus kepada pekerjaan kerana berasa bertanggungjawab untuk mengurus dan menjaga tugasan sendiri dengan kerelaan dan kehendak pada tahap tertinggi. Maka tahap produktiviti dan kualiti pekerjaan sentiasa konsisten dan terus meningkat. Satu langkah pengurusan bijaksana yang wajar dijadikan inspirasi oleh syarikat lain.

Lihat video di bawah.

Kredit : Facebook

Sumber : Soranews24 , CocomyFacebook

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds