Kebersihan tidak boleh diukur dengan melihat aspek fizikalnya sahaja. Tahukah anda sebab utama larangan membawa kanak-kanak ketika waktu melawat di hospital dan mana-mana pusat perubatan adalah disebabkan untuk mengelakkan ancaman virus? Namun, agak menyedihkan apabila ramai ibu bapa kini tidak mengambil berat akan hal ini dan masih lagi berdegil dan membawa anak-anak datang ke hospital.

Lebih serius lagi, mereka seakan-akan tidak mempedulikan aspek kebersihan dan keselamatan, malah berani merisikokan kesihatan anak mereka. Perbuatan seperti memberi anak mereka menggunakan sapu tangan yang telah terjatuh di lantai atau lebih teruk, memasukkan semula puting yang telah terjatuh di lantai tanpa membasuhnya terlebih dahulu ke dalam mulut anak mereka pastinya mengundang padah!

Hal ini mengundang seorang pengguna Facebook, Faisal Firdaus untuk membincangkan isu berkenaan dengan lebih mendalam dan beliau juga sempat menyenaraikan kesan negatif yang bakal terjadi pada kanak-kanak jika tidak mengutamakan aspek kebersihan. Berikut merupakan perkongsiannya:

Gambar sekadar hiasan | Kredit: TechCrunch

“Berkilatkan lantai depan ICU ni? Sampaikan ada pelawat boleh duduk, bawa kanak-kanak dan baring-baring di atas lantai. Puting anak jatuh lepas itu dimasukkan balik dalam mulut anak. Tak basuh pun, hanya kemam-kemam je dan terus bagi anak. ADOIIII!!!!

Kak, abg, pakcik, makcik, apa yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ya, memang betul kami mop, buffing lantai setiap hari. Tapi apa sebenarnya yang tertumpah atas lantai itu?

Darah, nanah, lendir, urin pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital. Memang tak nampak sebab dah dibersihkan. Namun, kuman masih ada disitu. Tak 100% bersih pun.”

Gambar sekadar hiasan | Kredit: medicineword

Selain itu, seorang doktor iaitu  Dr Mohd Sany, juga turut terpanggil untuk menyedarkan orang ramai akan bakteria dan virus yang berupaya membunuh kanak-kanak adalah seperti Pseudomonas, Acinetobacter, Klebsiella, E coli, Staph aureus, Streptocococus, Bukholderia dan pelbagai lagi penyakit berbahaya yang lain. Menurutnya lagi:

“Jika anda tak sayangkan anak-anak, biarkanlah mereka bergolek-goleh di atas kuman-kuman itu. Maaf jika bahasa terkasar. Hospital ini bukan tempat rekreasi tuan puan. Ini adalah tempat berkumpulnya segala penyakit. Semua jenis penyakit ada di sini.

Dan anda sebagai yang cerdik dan pandai bawa anak-anak untuk mencari penyakit lalu kongsi dengan yang lain? Tidak sepatutnya.

Saya sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama anak-anak. Yang sakit, anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat. Penyakit di sini bukan calang-calang. Dan kebanyakannya sangat tinggi risiko untuk membawa maut kepada anak anda.”

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Faisal Firdaus / Facebook

Oleh yang demikian, beringatlah para ibu bapa sekalian. Jaga kebersihan persekitaran dan elakkan anak-anak anda daripada terdedah dengan bahaya ancaman kesihatan seperti di atas, ya!

Sumber:  Faisal FirdausDr Mohd Sany, Says

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds