Menurut seorang doktor gigi yang memiliki sebuah pusat rawatan pergigian di Paramus, New Jersey iaitu Dr Donald Roman, lolipop merupakan salah satu daripada tiga jenis gula-gula yang paling memudaratkan gigi.

Selain daripada kandungan gula yang tinggi dalam lolipop, membiarkan gula-gula ini di dalam mulut dalam tempoh yang lama juga membolehkan kandungan gula itu memecahkan enamel gigi sekali gus menyebabkan kaviti!

Kredit: Forbes

Disebabkan itulah, Tom Morse sangat melarang anak perempuannya, Alina Morse untuk memakan lolipop meskipun gula-gula diberikan oleh orang lain.

Namun, Alina yang pada ketika itu baru berusia tujuh tahun tidak sekadar mengikuti arahan bapanya ‘mentah-mentah’, sebaliknya Alina bertanya kepada bapanya mengapa tiada siapa mencipta lolipop yang sihat dan tidak menjejaskan gigi.

“Dia (Alina) mungkin telah bertanya sekurang-kurangnya 100 kali sebelum saya mencadangkan dia untuk melakukan penyelidikan dan bercakap dengan doktor gigi tentang kandungan yang patut ada dalam lolipop yang lebih sihat”.

Kredit: What The Red Head Said

Alina menerima cabaran bapanya itu dan mula mencari pelbagai maklumat di Internet. Dari situ, Alina mengetahui bahawa Xylitol merupakan sejenis bahan yang mampu memineralkan semula gigi dan mengurangkan asid dalam mulut yang dihasilkan selepas makan. Di samping itu, Alina juga mendapati Erythritol pula akan meningkatkan nilai pH dalam mulut dan ‘memiliki kebaikan pergigian yang lebih tinggi berbanding Xylitol”.

Alina kemudian mula menghasilkan lolipop ciptaannya dengan menggunakan bahan-bahan tadi. Alina turut melaburkan wang tabungnya sebanyak RM31,207.50 yang diberikan oleh datuk dan nenek selama ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan tersebut.

Kredit: Somi

Dia membeli bahan-bahan seperti gula Stevia, Xylitol, Erythritol, Isomalt dan jus semula jadi yang berwarna. Alina mencampurkan kesemua bahan itu bersama sebelum menuangnya ke dalam acuan.

Pada awalnya, Alina berhadapan dengan banyak kegagalan semasa dalam proses menghasilkan lolipop istimewa ciptaannya itu. Adunannya hangus, terlalu cair dan bermacam-macam lagi dugaan menimpa Alina. Namun, gadis kecil ini tidak pernah patah semangat.

Kredit: Chicago Tribune

Sebaliknya, dia terus mencuba dan menyempurnakan formula lolipopnya itu selain berazam memastikan bahawa lolipopnya bukan sahaja sihat tetapi mempunyai rasa yang enak serta bebas alahan!

Selepas tempoh 12 bulan, Alina berjaya mencari pengilang yang sesuai dan memulakan proses pengedaran lolipop yang kemudiannya dinamakan sebagai Zollipops! Alina sendiri turun padang sebagai salah satu usaha untuk menarik minat pasaraya besar dalam menjual produknya itu.

Kredit: Oriental Daily

Enam bulan kemudian, Alina menerima emel daripada pasaraya Whole Foods yang berminat untuk membeli dan memasarkan Zollipops di cawangan Hawaii dan California. Tidak berapa lama selepas itu, Alina menerima satu lagi kejutan apabila pihak Whole Foods mahu membeli lagi produknya dan meletakkan produk tersebut di bahagian hadapan.

Lama-kelamaan, Zollipop semakin diterima ramai apabila bukan sahaja Whole Foods tetapi juga pihak lain seperti Amazon, HEB, Meijer, Big Y, Jet, beberapa pusat pergigian, Tentera Darat, Udara dan Laut Amerika Syarikat dan juga Toys R Us.

Kredit: Metro Detroit Mommy

Bagi meningkatkan pasaran, Alina turut menghasilkan satu lagi produk dikenali sebagai ZolliDrops pada awal tahun 2016 memandangkan ada pelanggan yang mahukan alternatif gula-gula tanpa batangnya.

Pada tahun pertama 2014, keuntungan yang diperolehi hasil daripada penjualan Zollipops ini adalah sebanyak RM291,270! Kemudian pada penghujung tahun 2015, jumlah keuntungan yang dicapai oleh Alina menjadi berlipat kali ganda sehingga RM1.2 juta dan pada tahun lalu, RM4.1 juta!!

Kredit: Entrepreneur

Kini, Zollipop mula dipasarkan ke luar negara seperti China, Korea, Australia dan juga Perancis.

 

View this post on Instagram

 

Keep Smiling!

A post shared by Alina Morse – ZolliCandy (@zollicandy) on


Ketika ditanya mengenai pengajaran yang diperolehinya sepanjang memulakan perniagaan tersebut, Alina yang kini berusia 13 tahun menyatakan:

“Seorang kanak-kanak yang bermotivasi dan mempunyai idea yang baik boleh melakukan apa sahaja.”

Sumber: Forbesnews.com.au

Share
Kategori: BISNES GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds