Jari kaki yang berkulat dipanggil onychomycosis, merupakan jangkitan kulat pada kuku jari kaki anda. Simptom ini boleh dilihat pada perubahan warna putih, coklat atau kuning kuku jari kaki anda. Ia boleh merebak dan menyebabkan kuku menjadi tebal dan retak.

Sumber: Facebook | Dr. Abdul Rahim

Percayalah jari kuku pada kaki yang berkulat bukanlah sesuatu yang anda mahu lihat apabila ia terjadi pada diri anda. Mujur seorang doktor berkongsi tentang cara merawat dan mencegah daripada kuku jari kaki anda dijangkiti kulat.

Dr. Abdul Rahim akan berkongsi dengan anda mengenai penjagaan kuku supaya anda tidak menjadi mangsa penyakit kuku seperti mana beliau telah mengongsikan gambar-gambar kuku berkulat.

Sumber: Facebook | Dr. Abdul Rahim

Mari lihat perkongsian beliau di bawah, semoga bermanfaat pada anda semua.

1. Jangkitan kulat kuku jari/kaki ni menjadikan Kuku anda lebih kuning ke perang dan kehitaman, menebal, rapuh dan pecah, berigi dan struktur normal kuku terbantut. Huduh rupa kuku anda tu…hihihi. Ada seperti sisa/habuk dibawah kuku tersebut lalu kuku terpisah dari kulit jari / kaki.

2. Doktor nak beritahu kepada anda bahawa Kulat menjangkiti kuku disebabkan oleh:

a. Bila ada luka pada kuku.

b. Pakai kasut yang ketat, kuku panas berkuap, lembab dan berpeluh.

c. Jari kaki/tangan berpeluh (pakai kasut/stoking dlm masa yang panjang. Kaki kurang udara.

d. Kaki tangan yang sentiasa BASAH/LEMBAB menggalakkan jangkitan

e. Immuniti anda rendah. Orang kencing manis kerap kena. Waspada tau!

f. Kurang zat seimbang pada kuku.

Sumber: Facebook | Dr. Abdul Rahim

3. Peringatan:

Perlu diingati bahawa walaupun kuku kita keras dan tidak mudah rosak, tetapi kulat kuku ni boleh merosakkan kuku anda.

Kulat kuku ni mudah berjangkit dari kuku ke kuku lain dengan cepat kalau tak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kuku terkeluar daripada isi dan menjadi kerosakan kekal pada kuku anda.

Sumber: Facebook | Dr. Abdul Rahim

Rawatan.

1. Jangan simpan kuku panjang. Jaga kebersihan kuku anda.

2. Pastikan jari kaki tangan kering dan bersih.

3. Kasut pastikan bersih dan stoking harus ditukar setiap kali selepas memakainya. Jangan biarkan bakteria merebak pada kasut dan stoking anda.

4. Pakai kasut yang mempunyai pengedaran udara.

5. Makan ubat antifungus atau gunakan krim losyen untuk merawat kulat kuku.

6. Kuku yang telah rosak teruk perlulah dicabut agar kuku baru yang sihat tumbuh kembali.

Sumber: Facebook | Dr. Abdul Rahim

Kepada sesiapa yang sudah mempunyai masalah kuku boleh berkunjung ke laman Facebook doktor ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh hubungi padanya.

Kredit : Dr. Abdul Rahim/Facebook, Siakap Keli

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds