Peminat kapal mewah RMS Titanic pasti berasa teruja apabila syarikat Blue Star Line telah mengumumkan bahawa replika kapal RMS Titanic yang tenggelam pada April 1912 dijangka akan siap sepenuhnya untuk melakukan pelayaran sulung pada tahun 2022.

Kapal mewah yang dinamakan semula sebagai Titanic II akan melakukan perlayaran sulung selama dua minggu pada tahun 2022 bermula dari pelabuhan di Dubai ke Southampton di England, dan kemudian melakukan pelayaran ke New York, Amerika Syarikat menggunakan laluan Atlantik Utara, iaitu laluan yang sama seperti laluan kapal Titanic yang asal semasa ia tenggelam pada 15 April 1912.

Kredit : Blue Star Line/BBC

Pengerusi Blue Star Line, Clive Palmer berkata, “Kapal ini akan mengikuti laluan perjalanan asal, membawa penumpang dari Southampton ke New York.”

Menurut Clive Palmer, “Titanic II adalah projek unik yang akan memberi pendedahan yang tidak pernah diberikan kepada penumpang kapal sebelum ini dan ia adalah satu pengalaman untuk kepentingan umum.”

Kredit : 20th Century Fox/Unilad

Projek asal pembinaan replika kapal Titanic II telah bermula pada tahun 2012, dengan jangkaan akan memulakan pelayaran sulung menjelang tahun 2016. Bagaimanapun, rancangan tersebut telah terpaksa ditangguhkan berikutan pertikaian bajet membabitkan nilai RM2.08 bilion dengan pelabur dari negara China.

Kredit : Blue Star Line/BBC

Clive Palmer dalam kenyataanya kepada BBC berkata, “Blue Star Line akan mendedahkan kepada para penumpang dengan suasana serta pengalaman seperti kapal Titanic yang asal, dengan hiasan dalaman serta pembinaan kabin yang sama seperti asal, kecuali ciri serta kemudahan navigasi dan keselamatannya amat moden dan dilengkapi teknologi tahap tertinggi sesuai dengan kemewahan kapal, dan ini termasuk bot penyelamat yang mencukupi.”

Kapal Titanic II dengan sembilan dek bakal menyediakan 835 kabin yang menempatkan 2,435 penumpang. Terdapat tiga kelas penumpang dengan tiket kelas pertama, kedua dan ketiga seperti mana yang dibahagikan dalam kapal Titanic asal.

Kredit : Blue Star Line/BBC

Menurut Clive lagi, “Pada tahun 1912, kapal Titanic adalah kapal mewah idaman semua. Selama satu abad, kapal Titanic menjadi legenda yang diselubungi misteri, rasa ingin tahu dan penghormatan daripada namanya. Berjuta orang menyimpan impian untuk menaiki kapal ini. Melihat kapal ini berlabuh dengan megah dan melalui sendiri pengalaman pelayaran yang unik. Titanic II akan menjadi kapal impian menjadi kenyataan.”

Kredit : Getty Images/Unilad

Pada 15 April 1912, kapal RMS Titanic tenggelam pada awal pagi selepas terlanggar bongkah ais di Newfoundland, Kanada hanya empat hari selepas memulakan pelayaran sulung, yang mengorbankan lebih 1,500 orang penumpang.

Lihat rakaman video di bawah.

Kredit : United Australia Party / YouTube

Sumber : BBC, CNN , Unilad , United Australia Party / YouTube

Share
Kategori: BISNES GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds