Pakar tulang, sendi dan otot dari Wah Toh Ti Tar, Master Chris Leong sememangnya amat popular dengan kepakaran dan kehebatannya merawat pesakit yang mengalami masalah tulang, sendi dan otot secara tradisional. Baru-baru ini, Master Chris Leong dilihat telah merawat tangan dan jari seorang pesakit yang merupakan anggota polis trafik yang pernah tercedera akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu.

Rakaman video yang telah dimuat naik di halaman Facebook berdurasi 1 minit 50 saat ini memaparkan Master Chris Leong telah bertanya beberapa soalan kepada pesakit ini sebelum merawat dan membetulkan tulang dan sendi di jari-jarinya yang telah tercedera.

Kredit : Chris Leong / Facebook

Master Chris Leong yang memakai baju T berwarna putih dan berseluar hitam dilihat memegang tangan dan jari polis trafik ini di tepi jalan dipercayai semasa pasukan polis tersebut sedang membuat satu sekatan jalan raya dan pemeriksaan trafik.

Rakaman video menunjukkan Master Chris Leong memegang tangan polis tersebut yang pernah tercedera dan memeriksanya. Terlihat ekspresi wajah polis trafik ini yang cuba menahan kesakitan tetapi ditenangkan oleh Master Leong secara lembut, sambil memulakan rawatan.

Kredit : Chris Leong / Facebook

Pakar tulang dan sendi ini kemudian menggunakan kemahirannya membetulkan kedudukan tulang dan mengurut sendi pada jari-jari dan tangan polis trafik itu sehingga beliau kembali berasa lega dan selesa. Kemudian Master Chris Leong mengangkat tangan sambil berkata, “Selesai!”

Kredit : Chris Leong / Facebook

Akhir sekali, Master Chris Leong sekali lagi mengurut tangan polis trafik tersebut sambil tersenyum. Dipercayai, rasa kesakitan itu semakin berkurangan apabila anggota polis trafik ini juga turut tersenyum lebar kerana berasa lega dan amat berpuas hati dengan rawatan segera yang diberikan oleh Master Leong . Selepas itu kedua-dua doktor dan pesakit ini sama-sama memberi ucapan terima kasih sebelum beredar.

Lihat rakaman video hebat ini di bawah.

Kredit : Chris Leong/ Facebook 

Sumber : Chris Leong/Facebook

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds