Postur badan yang betul akan memastikan kesihatan yang baik, memberi keyakinan dan membantu anda kelihatan lebih langsing. Bagaimanapun, walaupun dengan semua manfaat ini, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk membongkok, terutama sekali ketika duduk menghadap komputer.

Oleh sebab itulah pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda 10 jenis senaman dan helah mudah yang akan membantu anda menjadikan postur belakang badan yang lurus dan cara untuk mengekalkannya.

Senaman untuk bahagian belakang badan yang lurus.

1. Gerakan ucapan selamat

Kredit: Bright Side

Letakkan tangan anda di belakang anda, dan temukan kedua-dua telapak tangan anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Adalah penting untuk meluruskan tangan anda dari satu siku ke siku yang lain. Bahagian bahu anda pula perlu digerakkan ke arah dalam (bahu ke bahu). Kekalkan keadaan ini selama 10 saat.

2. Gerakan kekunci

Kredit: Bright Side

Letakkan satu lengan di belakang anda. Naikkan satu lengan yang lain, dan bengkokkan ke bahagian belakang dan letakkan berdekatan dengan bahu seperti di dalam gambar. Capai dan pegang tangan anda di bahagian belakang badan, dan tarik kedua-dua lengan anda. Tukar posisi lengan selepas 5 saat.

3. Pusingan badan

Kredit: Bright Side

Tanpa menggerakkan bahagian bawah badan, letakkan tangan di belakang kepala dan putar bahagian atas badan ke kiri sehingga bahu anda berada pada sudut lurus dengan belakang kerusi. Kekalkan kedudukan ini selama 5 saat, dan putar ke kanan pula.

4. Bengkokkan badan

Kredit: Bright Side

Duduk di penghujung kerusi, dan letakkan tangan di belakang kepala anda. Bengkokkan badan di bahagian tulang belakang, dan pandang ke atas. Kemudian, perlahan-lahan turunkan kepala anda sehingga terkena bahagian belakang kerusi, dengan kepala yang masih menghadap ke atas.

5. Berdiri

Kredit: Bright Side

Berdiri seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Pastikan anda dapat merasakan dinding dengan kedua-dua bahu, punggung, dan betis. Meregangkan bahagian abdomen anda, dan tarik nafas secara mendalam dan hembuskan. Lakukannya selama beberapa kali.

6. Condongkan badan sambil berdiri

Kredit: Bright Side

Senaman ini adalah berturutan daripada senaman berdiri yang sebelum ini. Semasa masih berdiri di dinding, depangkan tangan anda dan perlahan-lahan condongkan diri anda ke hadapan tanpa membengkokkan lutut. Kekalkan kedudukan ini selama 10 saat.

Cara untuk mengekalkan postur badan

1. Tahan otot abdomen anda

Kredit: Bright Side

Postur seperti dalam gambar akan membuatkan bahagian belakang badan dan otot abdomen berada dalam ukuran yang sama. Apabila anda mengekalkan otot abdomen dalam keadaan yang tegang, bahagian belakang anda akan melurus dengan sendirinya. Tali pinggang bersaiz besar atau skirt atau seluar dengan bahagian pinggang yang tinggi akan membantu anda mengekalkan otot perut dalam keadaan yang betul.

2. Cara duduk khas

Kredit: Bright Side

Duduk di penghujung kerusi, letakkan satu kaki di bawah kerusi sejauh yang anda mampu, dan regangkan satu kaki yang lain. Kedudukan ini akan membantu anda duduk dengan lurus untuk mengekalkan keseimbangan anda. Duduk dalam kedudukan ini selepas anda melakukan apa-apa senaman.

3. Beratkan bahagian belakang badan

Kredit: Bright Side

Apabila anda bekerja menghadap komputer, letakkan sesuatu di bahagian belakang badan anda untuk menghalang anda daripada membongkok dan dalam masa yang sama membuatkan anda mengekalkan kelurusan tulang belakang anda. Penyangkut pakaian yang ringkas sudah cukup baik untuk digunakan dalam langkah ini.

4. Beratkan bahagian dada

Kredit: Bright Side

Ketika melakukan kerja rumah, pakai beg sandang yang tidak terlalu berat di bahagian hadapan anda. Badan anda akan cuba mengatasi berat tersebut dan menarik bahu anda kembali untuk keseimbangan badan.

Akhir sekali, semua langkah ini adalah cadangan jangka pendek yang boleh menunjukkan kesan yang segera tetapi mungkin tidak dapat bertahan dengan lama. Untuk hasil yang terbaik, lakukan senaman di atas secara teratur, dan tambahkan senaman dan gerakan yang lain daripada sumber-sumber lain.

Anda juga harus ingat:

Kredit: Bright Side

Postur badan anda bukan hanya bergantung kepada otot anda sahaja tetapi juga bergantung kepada keadaan gigi anda – termasuklah kedudukan gigi anda ketika rahang dirapatkan. Senaman sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menghilangkan masalah bongkokan. Beri perhatian kepada masalah gigi anda, dan dapatkan nasihat doktor gigi anda untuk menyelesaikan masalah di bawah pemantauan profesional.

Kredit: Bright Side

Selain itu, jangan lupa tentang pentingnya pengambilan vitamin dan kalsium dalam pemakanan harian. Pengambilan amaun yang sempurna dapat membantu anda menjaga tulang dan otot anda. Kadang-kala, pemakanan yang mudah juga mampu menambah baik tahap kesihatan anda.

Resipi terbaik akan mengandungi:

  • Susu dan produk tenusu
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan magnesium dan kalium
  • Gandum dan kekacang
  • Makanan yang kaya dengan Omega-3

Kami ucapkan semoga maju jaya kepada anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik dari hari ke hari.

Sumber: Bright Side

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds