Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) membuka ‘Rumah Generasiku Sayang’ (RGKS) iaitu rumah perlindungan bagi remaja hamil sebelum berkahwin pada 28 Oktober lalu. “Menurut Pengarah, Dr. Mohd Jusoh, program berkenaan merupakan inisiatif oleh Kementerian Kesihatan bagi membantu remaja yang mengandung bagi mendapatkan rawatan antenatal, selepas bersalin, dan psikososial serta bimbingan rohani dan untuk mengelakkan pengguguran haram.

Kredit: FMT

Beliau kemudian menambah bahawa rumah berkenaan dikenali dengan nama Raudhatul Nisaa juga merupakan medium bagi remaja-remaja berkenaan meningkatkan keyakinan dan harga diri selain menggalakkan perkembangan ekonomi mereka dalam mempersiapkan diri mereka untuk kembali kepada masyarakat.

Rumah perlindungan tersebut terletak di Bukit Payong, di mana ia berupaya menempatkan maksimum 8 orang remaja serta ia akan diuruskan oleh staf jabatan kesihatan negeri selain daripada sukarelawan. Persatuan Kebajikan Generasiku Sayang (PKGKST) juga turut bekerjasama untuk menguruskan rumah tersebut.

Kredit: Kosmo

Rumah RGKS seumpamanya pertama kali diperkenalkan di Johor pada tahun 2014, diikuti dengan rumah kedua di Kelantan dua tahun selepas itu. Dr. Mohd Jusoh juga menegaskan kepada para remaja di luar sana yang hamil untuk tidak membeli ubat atau pil untuk menggugurkan kandungan secara dalam talian kerana ia berkemungkinan akan merisikokan nyawa mereka.

Kredit: RGKS Kelantan

“Jika terdapat sebarang masalah, mereka boleh ke Klinik Kesihatan (KK) di bawah program Klinik Mesra Remaja (KMR) yang telah dimulakan di KK Mercang dan KK Kuala Besut,” tambahnya lagi. Rumah tersebut juga dibuka bagi para remaja dari negeri lain yang memerlukan bantuan.

Kredit: The Rakyat Post

Laporan yang didedahkan oleh The Malaysian Insight bahawa secara puratanya, seramai 4,000 orang remaja di Malaysia yang hamil anak luar nikah. Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh berkata, terdapat 79,000 kes kehamilan di bawah umur antara tahun 2012 hingga 2016, sambil menambah bahawa negara mencatatkan sekitar 911 kes lambakan bayi daripada tahun 2010 hingga Ogos 2018. Orang ramai serta syarikat korporat juga dialu-alukan untuk memberikan sumbangan bagi membantu membiayai rumah berkenaan.

Sumber: SaysThe Malaysian Insight

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds