Kebiasaannya, kita akan memelihara ikan di dalam akuarium, betul? Tetapi berbeza dengan kanak-kanak ini kerana dia memelihara ikan-ikan liar yang bersaiz besar di sebuah tasik berhampiran rumahnya!

Majoriti kanak-kanak akan takut apabila melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Namun lain pula kisahnya dengan budak lelaki ini. Dia kelihatan sangat berani dan langsung tidak takut untuk masuk ke dalam air dan mendekati ikan-ikan itu!

Video berkenaan telah dirakamkan oleh ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Christy. Rakaman yang dibuat di Austria itu dilakukan setelah Christy menyaksikan peristiwa yang sangat mengejutkan pernah terjadi dalam hidupnya.

Sewaktu anak lelakinya mencampakkan makanan ke dalam tasik, sekumpulan ikan bersaiz besar telah datang mendekati dan berenang-renang di sekeliling anaknya itu…

Beranggapan ikan-ikan itu sangat jinak, anaknya turut mengajak Christy untuk masuk ke dalam air dan menikmati pengalaman itu!

Satu peristiwa yang menarik untuk dilihat. Bagi kebanyakan ibu bapa, tindakan kanak-kanak itu pastinya akan dilarang kerana bimbang akan keselamatannya. Namun, seolah-olah mengetahui manusia itu hanyalah seorang kanak-kanak, ikan-ikan ini tidak melakukan sebarang ancaman mahupun menyerang kanak-kanak terbabit.

videoPlayerId=2350d69c7

Ad will display in 09 seconds

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds