Pernahkah anda ditegur seseorang yang memberitahu bahawa anda telah menggunakan perkataan yang salah?

Ramai orang sering berasa keliru dengan beberapa perkataan tanpa menyedarinya. Misalnya perbezaan di antara kek cawan dengan mufin. Dari pandangan mata kasar, kedua-duanya kelihatan sama sahaja dan berasal dari kumpulan pencuci mulut. Namun terdapat perbezaan besar di antara kedua-dua sajian ini.

Kek cawan mempunyai salutan aising di atasnya manakala mufin tiada sebarang salutan. Itulah yang membezakan antara kek cawan dan muffin.

Ayuh kita lihat 15 lagi perkara yang kelihatan sama tetapi memiliki perbezaan terma yang ketara!

#1 Aligator dan Buaya

Kredit: CityofDeltona,diaznash

Aligator dikatakan mempunyai saiz yang lebih kecil dan bermuncung ‘U’ manakala buaya pula muncungnya tajam seperti bentuk ‘V’.

#2 Anjing Husky dan Malamute

Kredit: Widerstroem,Markoren

Husky merupakan baka anjing yang berasal dari Siberia manakala Malamute pula bukan sahaja dua ke tiga kali ganda lebih besar daripada Husky tetapi berasal dari Amerika Utara.

#3 Great Britain dan United Kingdom

Kredit: Widerstroem,Markoren

Ramai yang keliru dengan fakta ini dan menyangkakan ia adalah satu terma yang sama. Tetapi hakikatnya, Great Britain merangkumi beberapa wilayah seperti England, Scotland dan juga Wales. Sementara itu, United Kingdom pula terdiri daripada England, Scotland, Wales dan juga Northern Island.

#4 Llama dan Alpaca

Kredit: JolEnka,HansLinde

Meskipun kelihatan hampir sama, llama mempunyai telinga dan bentuk wajah memanjang di samping saiznya juga lebih besar manakala alpaca pula telinganya berbentuk tombak kecil, bentuk mukanya penyek dan saiznya juga kecil.

#5 Penyu dan Kura-kura

Kredit: Pexels,pen_ash

Penyu menghabiskan kebanyakan masanya berada di dalam air manakala kura-kura pula boleh hidup di darat mahupun di dalam air.

#6 Possum dan Opossum

Kredit: hirisflower,videorevive

Selain dari segi rupa, kedua-dua haiwan ini juga memiliki nama yang hampir sama. Possum boleh ditemui di benua Australia dan mempunyai fizikal seperti telinga dan mata yang besar serta ekornya berbulu. Opossum pula ditemui di Amerika Utara, saiz matanya kecil dan ekornya tidak berbulu.

#7 Simen dan Konkrit

Kredit: Life-Of-Pix,Pexels

Simen merupakan agen pengikat yang berupaya membuatkan sesuatu menjadi keras dan pejal. Konkrit pula diperbuat daripada batu kuari, batu-bata, pasir dan juga simen.

#8 Jem dan Jeli

Kredit: arinaja,Rebecca Siegel

Jem diperbuat daripada keseluruhan buah sama ada buah strawberi, nenas, beri biru dan epal. Jeli pula dihasilkan daripada jus buah-buahan yang dipekatkan bersama agar-agar atau pun gelatin.

#9 Pil dan Tablet

Kredit: Bru-nO,stevepb

Jika menyebut tentang ubat-ubatan, kita hanya akan mengklasifikasikan ubat tersebut kepada dua jenis iaitu ubat air ataupun pil dan tablet. Bagi kategori pil dan tablet, terdapat perbezaan yang ketara di mana pil adalah sejenis kapsul berbentuk bulat mahupun bujur. Tablet pula adalah serbuk kimia yang telah dimampatkan.

#10 Anjing Laut dan Singa Laut

Kredit: skeeze,gkgegk

Anjing laut dan singa laut? Ya, kedua-dua adalah spesies haiwan yang hampir sama tetapi sangat berbeza! Anjing laut kelihatan seperti tidak mempunyai telinga tetapi sebenarnya haiwan ini dikurniakan dengan lubang telinga. Kuku anjing laut juga panjang dan badannya berbulu.

Singa laut mempunyai telinga, berkuku pendek dan berbulu namun bulunya tidak lebat.

#11 Cuaca dan Iklim

Kredit: StockSnap,Mariamichelle

Cuaca adalah satu keadaan atmosfera sementara di sesuatu lokasi misalnya hujan dan mendung. Iklim pula merujuk kepada cuaca purata keseluruhan di sesuatu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama seperti musim salji dan musim bunga.

#12 Udang karang dan Udang Krai

Kredit: ndemello,danielamorescalchi0

Udang karang boleh didapati hanya di dalam laut manakala udang krai pula didapati dari sumber air tawar.

#13 Sphinx dan Sphynx

Kredit: Staleybk,Pexels

Sphinx merujuk kepada raksasa bersayap dalam mitos Greek di mana ia dikhabarkan mempunyai badan seekor singa dan berkepala wanita. Sphynx pula adalah sejenis baka kucing dari Amerika Utara yang tidak berbulu.

#14 Mentega dan Marjerin

Kredit: rodeopix,Peter Hinsdale

Mentega dihasilkan daripada susu manakala marjerin pula diperbuat daripada minyak sayuran.

#15 Rama-rama dan Kupu-kupu

Kredit: earth247woman,Illuvis

Rama-rama terbang pada waktu siang dan apabila rama-rama berehat, sayapnya akan terbuka menegak. Kupu-kupu pula terbang di waktu malam dan ketika berehat, sayapnya akan bertindih antara satu sama lain.

Sumber: Bored Panda

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds