Sophie Fatu mungkin baru berusia lima tahun dan sangat mentah tetapi bakat nyanyian yang dimiliki oleh kanak-kanak comel ini pasti akan mengagumkan anda semua.

Inilah yang terjadi ketika Sophie menyertai rancangan ujibakat America’s Got Talent baru-baru ini.

Dalam rancangan terkenal itu, Sophie yang kelihatan comel memakai gaun berwarna merah jambu telah membuat persembahan dengan menyanyikan salah satu lagu klasik Frank Sinatra yang berjudul ‘New York, New York’.

Meskipun perlu membuat persembahan secara langsung di hadapan jutaan penonton, Sophie Fatu kelihatan sangat selesa dan yakin ketika berada di pentas.

Kecomelan, senyuman yang manis dan personaliti ceria dimiliki oleh Sophie turut membuatkan salah seorang juri, Simon Cowell mengagumi dan terpesona dengan gadis kecil itu.

Persembahan nyanyian Sophie ini berjaya mencairkan hati para penonton yang amat tidak menyangka bakat daripada tubuh kecil ini.

Selain Simon, empat lagi juri termasuk seorang juri undangan turut terpukau dengan vokal dan persembahan pentas Sophie. Walaupun masih kecil, anak kecil ini amat meminati lagu-lagu klasik nyanyian Frank Sinatra.

Mel B begitu mengagumi suara Sophie dan menyamakan seperti suara bidadari! Begitulah indahnya persembahan yang dilakukan oleh kanak-kanak berbakat besar ini!

Tonton video persembahan Sophie yang pastinya akan mencairkan hati anda…

videoPlayerId=bcb2b0153

Ad will display in 09 seconds

Sumber: GoodTimes

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds