Warga internet sangat gemarkan perkara-perkara yang lucu dan menghiburkan. Selain daripada melihat kerenah manusia, gelagat kelakar haiwan juga amat menarik hati ramai untuk menontonnya.

Terdapat banyak imej tular haiwan yang menghiburkan netizen. Antaranya ialah video monyet mencuci pinggan di sungai, mimik muka kucing yang terkejut apabila mendapati dirinya bunting dan bermacam-macam lagi!

Namun, artis seni dari Jepun yang dikenali sebagai ‘Meetissai‘ ini mempunyai idea tersendiri untuk menjadikan imej haiwan-haiwan yang tular di internet menjadi satu realiti!

Dengan merujuk imej-imej tersebut, Meetissai akan menghabiskan masa untuk menghasilkan ukiran yang bukan sahaja realistik tetapi juga luar biasa serta melucukan…

Mari kita lihat beberapa hasil ukiran beliau yang aneh tetapi cukup mengagumkan ini!

#1 Larian yang aneh dan janggal…

#2 Amboi panjangnya kaki. Macam model!

#3 Awak makan makanan saya?! Rasakan!!!

#4 Mana kaki awak wahai si comel yang mengantuk?

#5 Bebola terapung! Gebunya diaaaa~

#6 Kenapa tegak sahaja? Apa agaknya yang berlaku kepada kucing ini ya?

#7 Garangnya!

#8 Anjing ini patut memasuki iklan shampu. Lembut sungguh bulunya

Sumber: Bored Panda, meetissai/Twitter

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds