Di Malaysia, sunroof pada kereta masih merupakan konsep yang popular dan kadang-kadang, anda dapat melihat ramai ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka mengeluarkan kepala dan badan dari panel di atas bumbung kereta ini. Tindakan ini sebenarnya berbahaya dan tidak boleh dibiarkan, jika tidak, tragedi yang serius mungkin berlaku, seperti yang berlaku pada remaja berusia 13 tahun ini di Jiangxi, China.

Menurut Sina, kemalangan itu berlaku pada hari Ahad lalu (28 Oktober) kira-kira pukul 5 petang di bandar Xinyu, wilayah selatan Jiangxi. Seorang penumpang di dalam kereta lain di belakang merakamkan video yang menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Zhong duduk di atas sunroof  kereta yang dinaikinya, di sebuah lebuh raya yang agak kosong.

Video kejadian itu mula tersebar di media sosial. Perakam dan kenalannya yang memandu kereta di belakang berbual sebelum ternampak notis palang besi rendah di hadapan. Mereka bergurau kononnya kejadian yang buruk bakal berlaku jika remaja lelaki itu terlanggar palang besi tersebut. Tiba-tiba, apa yang diperkatakan mereka itu benar-benar berlaku di mana mangsa terlanggar palang besi itu.

Terkejut melihat kejadian tersebut, mereka terus memberhentikan kenderaan. Namun kereta yang dinaiki mangsa meneruskan perjalanan beberapa meter sebelum tersedar kejadian yang menimpa mangsa. Selepas itu, rakaman video menunjukkan pemandu kereta mangsa berhenti di tepi jalan dan membuat panggilan telefon.

Menurut laporan media tempatan, mangsa maut di tempat kejadian dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. Sementara itu di media sosial, netizen yang terkejut menyalahkan pemandu kereta itu yang membahayakan nyawa remaja terbabit. Menurut laporan stesen televisyen China Central, pemandu kenderaan itu bukan ibu bapa Zhong, namun penjaga remaja itu dikatakan ada bersama di dalam kereta terbabit dan duduk di tempat duduk belakang.

Oleh itu, ibu bapa atau pemandu kereta yang memiliki sunroof tidak membiarkan anak-anak atau penumpang mengeluarkan kepala dan badan melalui sunroof kerana ia dapat membahayakan nyawa.

Tonton video tersebut di sini.

Sumber: Sina, World of BuzzYoo n/Youtube

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds