Tidak semua pelakon suka bereksperimentasi dengan watak yang dimainkan mereka. Sesetengah pelakon nampaknya tahu formula apa yang berfungsi untuk mereka, dan penonton pula nampaknya suka melihat mereka memainkan peranan yang sama dalam  filem yang berbeza. Baiklah, kami akan berkongsi kepada anda pelakon yang nampaknya melakonkan watak yang lebih kurang sama dalam filem yang berbeza. Senarainya adalah seperti berikut :

#1 Michelle Rodriguez

Kredit: © Girlfight / Screen Gems   © The Fast and the Furious / Universal Pictures   © The Fast and the Furious / Universal Pictures

Tidak kiralah sama ada menerusi filem Whether it’s Girlfight (2011), The Fast and Furious series, Resident Evil, or Avatar (2009), anda akan dapat saksikan bahawa Michelle Rodriguez memainkan karakter wanita yang kuat dan sukar dikalahkan. Dia boleh bertumbuk, menendang, dan dikelilingi oleh senjata dan bahan letupan. Michelle menjelaskan bahawa dia memilih watak sedemikian kerana “Sepanjang karier saya selama 15 tahun, saya sentiasa berhadapan dengan perjuangan. Saya mewakili demografi ini : Gadis Tom. Tidak ramai yang boleh melakukan sebegini di Hollywood, dan penonton amat menghormatinya”.

#2 Jennifer Aniston

Kredit: © The Switch / Miramax Films   © Just Go With It / Columbia Pictures   © Horrible Bosses 2 / Warner Bros. Pictures

Dikenali dengan watak di mana tidak begitu kaya, dalam kesusahan, dan bekerja keras bagi memperbetulkan kehidupannya serta sering kali jatuh cinta dengan lelaki yang dibencinya seperti dalam filem in Just Go With It (2011), The Bounty Hunter (2010), dan The Switch (2010). Jennifer berkata “Saya tidak melihat diri saya sebagai apa-apa. Semasa di gred keenam, saya akan menulis skit dan akan berlakon dengan beberapa orang kawan. Kami fikir kami lucu. Atau kami akan pergi ke Central Park, dan melakonkan babak dalam filem The Wizard of Oz jika bunga sakura mekar”.

#3 Channing Tatum 

Kredit: © Step Up / Buena Vista Pictures   © The Vow / Screen Gems   © Hail, Caesar / Universal Pictures

Beliau suka memainkan watak yang sedap mata memandang. Sepanjang kariernya, watak beliau adalah menjadi popular, bertubuh sasa, dan lelaki kacak yang diminati semua gadis seperti dalam filem Magic Mike series, 21 and 22 Jump StreetStep Up, dan Dear John. Beliau bagaimanapun cuba mengubah imej dirinya tetapi buat masa ini, “saya tidak akan melakukan watak yang lain kerana ia gagal”.

#4 Samuel L. Jackson

Kredit: © Pulp Fiction / Miramax Films   © The Avengers / Marvel Studios   © Snakes on a Plane / New Line Cinema

Lazimnya berwatak sebagai samseng, jahat dan memiliki tahap kesabaran yang rendah, sering mencarut, melakukan banyak jenayah tetapi memiliki aura dan keyakinan yang tinggi seperti dalam filem The Hitman’s Bodyguard (2017), Pulp Fiction (1994), or The Hateful Eight (2015). Menariknya dalam temu bual, beliau berkata bahawa dirinya ini tidaklah hebat seperti apa yang difikirkan oleh orang ramai.

#5 Bruce Willis

Kredit: © Die Hard / 20th Century Fox   © Die Hard / 20th Century Fox   © Live Free or Die Hard / 20th Century Fox

Seorang lelaki kuat yang sering kali terjebak dalam situasi yang tidak diingini tetapi terpaksa menyelesaikannya dengan mengikut prinsip moralnya sendiri. Masalahnya terlalu besar tetapi tidak cukup kuat untuk menjatuhkannya. Antara akonannya adalah di dalam filem Die Hard (1988), Unbreakable (2000), dan The Fifth Element(1997). Beliau menjelaskan bahawa dirinya sebagai bijak, bekerja dalam setiap jenis filem tetapi filem yang menguntungkan adalah filem aksi.

#6 Tom Cruise 

Kredit: © Mission Impossible – Ghost Protocol / Paramount Pictures   © Edge of Tomorrow / Warner Bros. Pictures   © Jack Reacher / Paramount Pictures

Beliau membintangi filem hebat seperti siri Mission: ImpossibleKnight and Day (2010), siri the Jack ReacherA Few Good Men (1992), Top Gun (1986), Edge of Tomorrow (2014), dan Valkyrie (2008). Mengenai karier lakonannya, Tom berkata, “Ia adalah satu perkara yang pelik, di mana anda diberikan kuasa untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu lakukan”.

#7 Vin Diesel

Kredit: © xXx : Return of Xander Cage / Paramount Pictures   © The Fast and the Furious / Universal Pictures   © The Last Witch Hunter / Summit Entertainment

Lelaki sasa yang sering berjaya menewaskan lawannya. Jika anda mahukan hero yang dapat melakukan apa sahaja dalam plot sesebuah cerita, maka inilah orangnya. Antara filemnya termasuklah siri the XXX, siri The Fast and FuriousBabylon AD (2008), dan banyak lagi. Beliau percaya kata-kata pujangga iaitu “Jika anda tidak boleh melakukan semua perkara, maka buat apa yang anda mampu lakukan”.

#8 Dwayne Johnson

Kredit: © Journey 2: The Mysterious Island / Warner Bros. Pictures   © Jumanji: Welcome to the Jungle / Sony Pictures   © Central Intelligence / Warner Bros. Pictures

Tidak kira apa watak yang diberikan padanya, ia mesti bersangkut paut dengan : hutan, bandar, laut dalam, permainan ataupun di dalam gua seperti di dalam siri filem The Fast and FuriousCentral Intelligence (2016), Rampage (2018), Jumanji: Welcome to the Jungle (2017), siri the Journey, dan Moana. Ketika menjelaskan mengenai pilihan lakonannya, beliau berkata “Saya ikut apa yang naluri saya mahukan – iaitu mahu menghiburkan seramai yang boleh”.

#9 Jason Statham

Kredit: © The Expendables 2 / Lionsgate   © The Expendables 2 / Lionsgate   © Furious 7 / Universal Pictures

Beliau memiliki loghat British yang pekat, suka memandu, memukul, menembak dan beraksi. Beliau akan melakonkan watak sebagai agen perisik, pembunuh upahan dan penghantar barang seperti dalam filem James Bond, siri the Mechanic, the Transporters, The Fast and the Furious, dan The Expendables.

#10 Milla Jovovich 

Kredit: © The Messenger: The Story of Joan of Arc / Gaumont   © The Fifth Element / Columbia Pictures   © Resident Evil: The Final Chapter / Screen Gems

Milla Jovovich terkenal dalam melakonkan watak gadis hangat dan mampu beraksi seperti menumbuk, melakukan karate dan menggunakan senjata. Boleh dikatakan bahawa beliau seperti Vin Diesel versi wanita. Bakatnya dapat disaksikan dalam siri filem  Resident Evil series, Ultraviolet (2006), The Perfect Getaway (2009), dan The Messenger(1999).

Sumber: Brightside

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds