KUALA LUMPUR: Lima langkah akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu dan memudahkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan.

Langkah yang akan diperkenalkan termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama selain memperkenal pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ pada 2 November, langkah pemotongan gaji itu adalah untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Kredit: Lim Huey Teng|Malaysiakini

Dalam pada itu, Lim Guan Eng berkata, pelepasan cukai akan diberikan kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.

Kredit: Rosela Ismail|New Straits Times

Menurut Lim Guan Eng, baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan membabitkan kos RM4.2 juta.

Sumber: BERNAMA

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds