KUALA LUMPUR – Dalam inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semua pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak RM0.30 seliter.

Kredit: Facebook

Menurut mekanisme subsidi berkenaan yang dijangka bermula pada suku kedua tahun 2019, pemberian subsidi petrol RON95 hanya terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi pemilik motosikal.

“Untuk itu, sejumlah RM2 bilion diperuntuk dan dijangka memanfaatkan empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.”

Kredit: Free Coupon

Menerusi manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), pemberian subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah bagi 100 liter sebulan.

Tambah Guan Eng lagi, kerajaan juga akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). Tindakan ini adalah bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

Kredit: Utusan Online

“Atas rasa keprihatinan, kerajaan telah memutuskan untuk menambah baik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.”

Sumber: Harian MetroUtusan Online

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds