Nama Anne Hathaway bukanlah satu nama yang asing dalam industri perfileman antarabangsa. Antara filem yang melonjakkan nama beliau di persada seni dunia adalah filem The Princess Diaries.

Kredit: cocomy

Dalam filem berkenaan, Anne Hathaway memegang watak sebagai gadis ‘skema’ dan tidak cantik telah dikejutkan dengan kenyataan bahawa beliau merupakan golongan kerabat diraja atau lebih tepat lagi, Puteri Genovia.

Namun begitu, artikel ini bukanlah ingin menceritakan tentang filem tersebut. Tetapi, baru-baru ini, muncul satu teori konspirasi di seluruh internet yang mendakwa suami beliau iaitu Adam Shulman mempunyai rupa paras yang mirip dengan William Shakespeare!

Kredit: cocomy

William Shakespeare merupakan seorang pelakon, penulis dan penyajak handalan pada zaman dahulu. Beliau yang dilahirkan pada 26 April 1564 di Stratford-upon-Avon, Warwickshire, England telah berkahwin dengan seorang wanita dan dikurniakan dengan tiga cahaya mata.

Tahukah anda nama isteri beliau? Ia adalah ANNE HATHAWAY! Nama yang sama seperti nama pelakon The Princess Diaries ini!

Kebetulan ini membuatkan netizen hampir terkedu dan menganggap pasangan ini sebagai jelmaan William Shakespeare dan isterinya. Ditambah pula dengan kecantikan Anne Hathaway yang sentiasa awet muda menguatkan lagi teori berkenaan.

Penularan kontroversi ini membuatkan ramai netizen memberikan bermacam-macam reaksi. Ada yang menyatakan hubungan percintaan William Shakespeare dan isterinya sejak 500 tahun lalu masih belum terkubur dan sebagainya.

Kredit: cocomy

Salah satu respon netizen mengenai peristiwa ini yang mencuit hati admin adalah:

“Shakespeare telah membuat perjanjian dengan isterinya… ‘Saya akan dikenali ramai di dunia ini dan awak akan menjadi terkenal di kehidupan seterusnya”‘

Kredit: cocomy

Nampaknya terlalu banyak kebetulan yang membuatkan netizen yakin bahawa mereka adalah jelmaan dari zaman dahulu kala. Apa-apa pun, pasangan romantik Anne dan Adam sentiasa disayangi para peminat yang mendoakan mereka agar sentiasa kekal bersama.

Sumber: cocomySomeecardsBuzzFeed

Share
Kategori: Aneh HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds