JAKARTA- Seorang penyelam terkorban dalam operasi pencarian dan penyelamatan mangsa nahas pesawat Lion Air meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika melakukan operasi cari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia, di Karawang baru-baru ini.

KREDIT: NST

Syachrul Anto merupakan sebahagian daripada anggota pasukan mencari anggota badan mangsa dan serpihan pesawat Lion Air di Laut Jawa.

“Dia adalah sukarelawan dari Agensi Mencari dan Menyelamat,” kata Isswarto komander dari pasukan mencari dan menyelamat Tentera Laut Indonesia kepada AFP.

Penyelam tersebut dipercayai meninggal dunia akibat berlaku perubahan tekanan udara ketika menyelam.

Sebelum terlibat dengan pasukan mencari dan menyelamat pesawat Lion Air, Anto juga menyertai misi bantuan ketika berlaku gempa bumi dan tsunami di Palu pada September lalu. Selain itu, dia juga terlibat dalam proses evakuasi pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, empat tahun lalu.

Pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia pada hari Isnin lalu sedang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang di luar pulau Sumatra dan mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Kredit: BH ONLINE

Menurut pihak berkuasa, Perakam Data Penerbangan telah berjaya ditemui pada Khamis lalu namun usaha masih diteruskan untuk mengesan kotak hitam kedua atau Perakam Suara Kokpit yang boleh memberi jawapan bagaimana pesawat Boeing 737 MAX 8 itu boleh terhempas.

Nahas itu telah menimbulkan banyak persoalan sama ada terdapat kesalahan mekanikal khusus pada pesawat model baharu itu.

Sekurang-kurangnya 73 buah beg yang mengandungi bahagian anggota badan mangsa telah dikumpulkan namun hanya empat sahaja yang telah dikenal pasti.

KREDIT: METRO

Ditubuhkan pada tahun 1999, Lion Air adalah syarikat penerbangan yang beroperasi di Indonesia dan beberapa bahagian di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.

Tetapi keselamatan pesawat tersebut telah dipertikaikan selain aduan pelanggan terhadap penjadualan yang tidak boleh dipercayai dan perkhidmatan yang buruk.

Pengangkutan tersebut terlibat dalam beberapa kejadian termasuk kemalangan maut pada tahun 2004 dan pelanggaran antara dua pesawat Lion Air di lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.

SUMBER: NST 

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds