Peluncur ais Malaysia, Julian Yee sentiasa menjadi bualan ramai dengan persembahannya yang unik dan menarik perhatian setiap kali menyertai pertandingan.

Antara pencapaian terbaik yang pernah beliau raih sehingga ini adalah membawa pulang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Kredit: Era Baru

Sebelum ini, nama Julian Yee menjadi tular ketika menyertai pertandingan CS Nebelhorn Trophy pada September tahun lalu dengan mempamerkan gimik-gimik melucukan. Daripada menjadi seorang peluncur ais yang comel menggayakan skirt merah jambu, Julian berubah menjadi oppa k-pop yang kacak, persembahannya itu berjaya mencuit hati netizen dari seluruh dunia!

Terbaru, Julian atau nama sebenarnya Julian Zhi Jie Yee sekali lagi menempa nama dan menjadi bintang sensasi internet apabila aksi beliau sewaktu menyertai pertandingan Skate 2018 America pada 20 October lalu membuatkan ramai yang terhibur!

Kali ini, Julian tampil dengan watak sebagai tukang cuci dan meluncuri pentas ais itu dengan penuh gaya sambil memegang sebatang mop dan juga radio.

Kredit: MelodyDotmy

Dalam pertandingan tersebut, peluncur ais pertama negara yang baru berusia 20 tahun itu telah berjaya mendapat tempat ketujuh dalam acara itu dan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan!

Video persembahan beliau ini telah ditonton dan meraih sehingga 16,000 perkongsian. Malah, aksi lincah Julian di atas pentas berkenaan turut menerima banyak respon positif daripada para netizen yang memuji tahap kreativiti beliau.

 

Kredit: giphy.com

“Keyakinan yang tinggi!!! Dan anda dengan jelasnya kelihatan berseronok semasa meluncur. Tahniah, Julian!! Anda sememangnya hebat!!! Terus kibarkan bendera itu!!! Tahniah!!!!,” komen seorang netizen dikenali sebagai Noraini Alwi.

Malah, terdapat juga segelintir netizen yang memuji rupa paras peluncur berkenaan yang kacak.

Sementara itu, pihak pusat beli-belah Sunway Pyramid yang sebelum ini menjadi tempat latihan Julian turut sempat mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperoleh atlet terkemuka negara itu.

Kredit: Sunway Pyramid

Saksikan video penuh persembahan Julian Yee di bawah:

Kredit: MELODY/Facebook

Sumber: SAYS, MELODY/Facebook

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds