TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima anugerah ‘Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ yang diberikan oleh Maharaja Akihito dari Jepun. Majlis penganugerahan tersebut diadakan di Imperial Palace di Tokyo pada 6 November yang lalu.

Penganugerahan tertinggi yang diberikan oleh negara matahari terbit itu dibuat berdasarkan sumbangan besar Tun Mahathir dalam usaha beliau untuk mengukuhkan perhubungan dua hala.

Kredit: Twitter

Anugerah ‘Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ merupakan pemberian tertinggi yang dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin luar sebagai sumbangan terhadap hubungan dua hala bersama Jepun dan juga sumbangan pemimpin terhadap rantau ini.

Kredit: Wikimedia Commons

“Perdana Menteri Dr Mahathir, terimalah ucapan tahniah atas penganugerahan ‘Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ ini. Di bawah Dasar Pandang ke Timur yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, rakan lama Jepun yang melawat negara ini lebih dari 100 kali; jumlah pelajar dan pelatih yang datang ke Jepun sejak 36 tahun lepas mencecah angka 60000,” kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Kredit: Scroll.in

Majlis yang telah diadakan di Imperial Palace, Tokyo sekitar jam 9.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia) itu menyaksikan Tun Mahathir sebagai pemimpin ketiga Asia yang diberikan penghormatan untuk menerima anugerah berprestij itu selepas mendiang Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura dan bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Sumber: BernamaBH Online

Share
Kategori: BISNES GLOBAL NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds