Hasil seni kulinari seperti pembuatan kek pada hari ini menjadi semakin menarik dan tampak lebih menyelerakan untuk dimakan. Akan tetapi, terdapat juga rekaan dan gubahan kek yang nampak begitu cantik seperti hasil seni yang sepatutnya dipamerkan untuk tontonan, sehingga kita berasa sayang untuk memotong dan memakannya.

Cef Juliana dari Berlin, Jerman mereka cipta serta membuat gubahan kek yang sangat cantik, dan idea serta kreativiti yang dihasilkan memegunkan mata memandang sehingga hasil kulinarinya menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Kek-kek yang dihasilkan diperbuat daripada bahan-bahan berasas sayuran, dan apa yang lebih menarik perhatian ialah cara Cef Juliana menggubah secara terperinci setiap kek yang dihasilkan dengan corak bunga-bungaan sehingga kelihatan seperti bunga sebenar.

Penghasilan kek yang cantik dengan kelopak bunga yang begitu realistik. Adakah anda berasa sampai hati untuk memakannya?

Ini bukan pembuatan kek yang biasa, tetapi dinamakan penghasilan hasil seni yang hebat.

Cef Juliana tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuannya dalam pembuatan kek yang cantik ini dengan menyediakan resipi dan petua di media sosial.

Kek-kek yang sungguh cantik, sesuai untuk semua acara keraian dan sambutan seperti hari perkahwinan, sambutan hari lahir dan lain-lain.

Kek vegetarian yang sangat cantik.

Lihat bagaimana begitu teliti pembuatan kelopak bunga kek ini, sehingga terasa sayang untuk memakannya.

Lebih banyak koleksi kek hasil sentuhan Cef Juliana di bawah.

Anda boleh melayari laman sesawang Cef Juliana dan mendapatkan tips membuat kek daripadanya di Culinarydot.com atau di laman Instagram Culinarydots.

Sumber : Cocomy

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds