Terdapat seekor kucing comel yang sentiasa menemani tuannya menjual ikan di pasar Hai Phong, Vietnam. Kucing tersebut berusia 3 tahun dan pemiliknya, Le Quoc Phong, menamakannya sebagai Dog. Seperti ahli perniagaan yang sebenar, Dog sentiasa berpakaian dengan baik dan kelihatan bergaya. Ternyata, Dog telah menarik perhatian ramai orang. “Dog suka ais krim, berjalan dan tidur,” kata Le Quoc Phong kepada Bored Panda. “Dog juga mempunyai banyak teman wanita dan anak di negara ini.”

“Kucing kecil saya suka bergambar. Dog juga sangat bekerjasama ketika dipakaikan kostum.” Le Quoc Phong memberikan haiwan kesayangannya dengan nama yang aneh kerana Dog bernafas dan bertindak seperti anak anjing. Gambarnya menjadi liputan berita utama bukan hanya di Vietnam, tetapi juga di Thailand dan China. Le Quoc Phong mengatakan sesetengah orang berfikir Dog tidak selesa dalam pakaian yang dipakaikan, tetapi mereka tidak mengetahui tentangnya. “Dog berasa sangat selesa (dalam kostum yang dipakaikan) dan boleh berjalan dengan normal,” kata Le Quoc Phong.

Kucing comel ini sangat terkenal dan menarik perhatian ramai orang yang berkunjung ke pasar tersebut

 

Sumber: Le Quoc Phong

Tuannya, Le Quoc Phong memanggilnya dengan nama Dog, dan menurut tuannya kucing comelnya itu merupakan baka Scottish Fold

Sumber: Le Quoc Phong

Sumber: Le Quoc Phong

Dog telah menjadi ‘selebriti’ di pasar Hai phong

Sumber: Le Quoc Phong

Dog bukan sahaja menarik perhatian pengunjung pasar tersebut, malah penjaja-penjaja di situ suka melihat gelagatnya dengan kostum yang comel

Sumber: Le Quoc Phong

Sumber: Le Quoc Phong

Kadang-kadang, Dog cuba menjual barang-barang lain, seperti daging…

Sumber: Le Quoc Phong

Sayur-sayuran

Sumber: Le Quoc Phong

Dog sangat suka berdiri di atas kerusi

Sumber: Le Quoc Phong

Ternyata, ikan paling menarik perhatiannya

Sumber: Le Quoc Phong

Dog memakai kostum yang lebih bergaya selepas meninggalkan pasar

Sumber: Le Quoc Phong

Sumber: Le Quoc Phong

Pada hari cuti, Dog juga mempunyai masa untuk berehat seperti kucing biasa

Sumber: Le Quoc Phong

Sumber: Le Quoc Phong

Kredit: dog1501 Instagram | BoredPanda

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds