Penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock dan Polis Entry, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy, baru-baru ini telah memuat naik rakaman video beliau menyanyikan lagu terbaru hasil karangannya sendiri pada laman Instagram miliknya.

Menurut beliau, lagu berkenaan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan dan ditulis secara mengejut. Menerusi rakaman tersebut, beliau menitipkan kapsyen “Baru tulis lagu ni tadi, random inspiration today, hope you like it” (Baru sahaja menulis lagu ini. Ia merupakan inspirasi untuk hari ini. Harap anda sukakannya).

Video berkenaan mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya di laman berkenaan, dan lagu baru tersebut ternyata disukai. Hal ini kerana, cara nyanyian Lizzy menerusi lagu baru itu mengingatkan mereka kepada cara nyanyiannya sewaktu mula bergelar penyanyi. Ada juga yang sempat memberikan komen, “I missed this old Lizzy” (Saya rindukan Lizzy yang lama seperti ini).

Sumber: elizabethtsm | instagram

Komen berkenaan mendapat perhatian Lizzy untuk membalasnya, “I miss her too sometimes” (Saya juga merinduinya kadang-kadang). Lizzy memulakan karier seninya di dalam industri hiburan tanah air pada tahun 2013 dan beliau berjaya menempa nama bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai pelakon filem dan drama tempatan.

Kredit: Astro Awani
 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds