Kebiasaannya, golongan bekerja sering kali mencari alternatif lain untuk mengisi perut terutamanya ketika waktu makan malam kerana terlalu letih untuk menyediakan hidangan.

Ada yang akan memesan tempahan makanan segera, makan di restoran mamak atau pun sekadar makan apa sahaja yang ada di dapur seperti biskut untuk mengisi perut yang kosong.

Bagaimanapun, tabiat ini adalah sangat tidak sihat dan kita sentiasa digalakkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang dalam diet seharian jika tidak mahu tubuh sengsara di kemudian hari.

Kredit: Lsveikata

Tetapi, inilah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Hangzhou, China. Lelaki yang dikenali sebagai Xiao Mao ini sangat gemar memakan buah-buahan setiap kali pulang dari tempat kerja kerana dia terlalu malas untuk memasak.

Xiao menyangkakan pengambilan buah-buahan adalah satu alternatif yang sihat. Jadi dia memutuskan untuk memakan buah-buahan setiap kali waktu makan malam dan tabiat ini diteruskan selama sebulan.

Namun, pada waktu sarapan dan makan tengahari, Xiao akan makan seperti biasa. Hanya hidangan makan malam sahaja Xiao mengamalkan pengambilan buah-buahan dan berpendapat ia mampu membekalkan nutrien yang diperlukan badan. Malah, masa yang diperlukan untuk menyediakan buah-buahan juga agak pendek.

Kredit: Good Cheap Eats

Dalam tempoh sebulan, Xiao biasanya akan memakan buah-buahan seperti pisang dan juga tembikai susu untuk memuaskan nafsu laparnya. Namun, lama-kelamaan dia mula merasa tidak sihat dan sering mengalami simptom seperti pening, mual, mulut menjadi kering dan sebagainya.

Khuatir dengan keadaan kesihatan dirinya, Xiao memutuskan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor telah melakukan beberapa ujian ke atas Xiao dan mendapati bacaan bagi kandungan gula dalam darahnya adalah 79.98 mol/L iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah yang sepatutnya ada pada individu sihat.

Bukan sahaja itu, dokto turut mengesahkan darah Xiao mengandungi asid dan Xiao dilaporkan menghidap penyakit diabetes ketoacidosis (DKA). DKA biasanya terjadi kepada pesakit diabetes Jenis 1 dan ianya membawa risiko yang sangat tinggi!

DKA berlaku apabila tubuh memecahkan lemak dengan cepat dan menyebabkan lemak berkenaan diproses menjadi keton yang mengakibatkan darah menjadi berasid.

Xiao kemudiannya segera dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan selepas tiga hari, keadaan Xiao kembali stabil seperti sedia kala.

Kredit: Business Insider

Doktor menjelaskan bahawa buah sememangnya mempunyai khasiat tersendiri namun untuk menggantikan buah-buahan dalam rutin pemakanan harian merupakan satu keputusan yang tidak digalakkan. Tambahan pula, buah yang dimakan oleh Xiao mengandungi kadar gula yang tinggi.

Jadi, jangan ambil buah-buahan seperti ini dalam kuantiti yang banyak meskipun anda sekadar memakannya sebagai pencuci mulut. Awasi jumlah pengambilan gula harian anda jika anda tidak mahu menanggung derita seperti Xiao.

Sumber: World of BuzzHK01

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds