KAZAKSTAN – Kematian seorang ahli sebuah keluarga di Atyrau baru-baru ini menjadi tanda tanya apabila ahli keluarga yang telah meninggal tersebut muncul secara tiba-tiba ke pangkuan keluarga.

Hal tersebut membuatkan keluarga berkenaan sangat terkejut. Apa yang membingungkan lagi adalah, Aigali telah dikebumikan dua bulan yang lalu.

Kredit: AZH.KZ

Aigali merupakan seorang warga emas berusia 63 tahun dan dia dilaporkan telah keluar daripada rumah dan tidak pulang selepas itu pada bulan Jun lalu. Sudah menjadi kebiasaan bagi Aigali untuk keluar sehingga berminggu-minggu. Namun, seletah sebulan, keluarganya bimbang dan bertindak melaporkan kehilangannya.

Pihak polis kemudiannya meminta keluarganya untuk mengenal pasti mayat seorang lelaki yang telah mati akibat terbakar. Ujian DNA telah dibuat bagi memastikan bahawa mereka tidak tersilap dan hasilnya menunjukkan 99.2% padanan sama dengan Aigali.

Pihak berkuasa kemudian mengeluarkan sijil kematian Aigali. Aigali kemudiannya telah dikebumikan di perkampungannya di Tomarly pada September lalu.

Kredit: FARKHAT ABILOV/AZH.KZ

“Kami semua sangat terperanjat apabila Pakcik Aigali muncul di rumah selepas sudah dua bulan kami mengebumikannya,” kata Esengali Supygaliev. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Aigali telah menerima tawaran kerja daripada seorang lelaki yang telah ditemuinya di pasar. Dia pergi bekerja dan pulang ke rumah empat bulan kemudian setelah tugasannya selesai.

Kredit: FARKHAT ABILOV/AZH.KZ

Keluarganya sangat bersyukur dan gembira dengan kepulangan Aigali namun mereka memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkuasa ekoran kecuaian pengesahan terhadap kematian Aigali kerana mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Sumber: BBC

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds