Zaman kanak-kanak merupakan waktu yang paling menggembirakan dalam hidup setiap manusia. Bermain sepanjang masa tanpa perlu berfikir tentang masalah dunia, makan sepuas mungkin tanpa perlu bimbang dengan kenaikan berat badan dan bermacam-macam lagi!

Kredit: Cocomy

Salah satu peristiwa yang pastinya akan kekal dalam ingatan setiap individu adalah apabila dapat meraikan hari jadi bersama rakan-rakan sekelas. Pada waktu itu, masing-masing memainkan peranan dengan menyusun meja, pelajar yang mempunyai tulisan cantik pula akan menghias papan hitam dengan tulisan ‘Selamat Hari Jadi’ dan sebagainya.

Kredit: Cocomy

Pada zaman ini, tradisi menyambut hari jadi di sekolah masih lagi diteruskan namun ianya menjadi lebih meriah berbanding zaman dahulu. Ibu bapa zaman ini cenderung untuk memberikan yang terbaik buat kebahagiaan anak mereka dan akan menunaikan segala keinginan anak di hari jadi mereka.

Justeru, membawa kek hari jadi sahaja tidak cukup untuk memeriahkan sesebuah majlis. Malah, ibu bapa akan cuba memberikan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain supaya majlis berkenaan menjadi kenangan terindah bukan sahaja kepada anak mereka tetapi juga seluruh murid.

Kredit: Cocomy

Baru-baru ini, seorang ibu telah mengadakan sambutan majlis hari jadi untuk anak lelakinya di sekolah. Menariknya, ibu ini mempunyai idea yang sangat bernas untuk menghias kek hari jadi anaknya itu menjadi sesuatu yang sangat kreatif dan disukai oleh semua rakan sekelas anaknya.

Kredit: Cocomy

Ibu yang kreatif ini telah melukiskan wajah kesemua 26 orang murid sekelas anak lelakinya pada kek beserta dengan nama masing-masing. Meskipun lukisan ini tidak kelihatan ‘profesional’, ianya sudah mencukupi untuk membuatkan kesemua murid tertarik untuk melihat wajah mereka pada kek berkenaan.

Lebih mengagumkan lagi, ibu ini telah meletakkan ciri-ciri utama setiap murid seperti gaya rambut dan pemakaian cermin mata bagi menunjukkan identiti masing-masing.

Kredit: Cocomy

Hasil akhir hiasan kek yang dilakukan oleh ibu ini benar-benar mencuri perhatian semua murid termasuk anaknya sendiri!

“Selepas menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, semua kanak-kanak boleh memakan wajah mereka sendiri!”.

Peristiwa ini menjadi tular di internet setelah ibu berkenaan memuat naik gambar majlis berkenaan dan majoriti netizen amat memuji tindakan ibu yang kreatif ini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertarik melihat kek ini, tetapi orang dewasa juga teringin untuk disambut dengan kek comel seperti ini…

Pastinya detik ini akan menjadi detik terindah yang akan dikenang oleh anaknya.

Sumber: FacebookCocomy

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds