Jika anda gagal pada cubaan pertama, cuba dan cuba lagi. Kata-kata ini cukup berkuasa untuk meningkatkan semangat anda yang telah luntur jika anda gagal melakukan sesuatu pada mulanya. Lebih-lebih lagi jika anda berhadapan dengan situasi yang mengancam nyawa anda. Namun, ia bukan sahaja terpakai buat manusia sahaja. Seperti anak beruang ini yang sedang mendaki tebing bersama ibunya.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan Magadan, Rusia di mana seekor ibu beruang dilihat sedang memimpin anaknya berjalan merentasi salji pada gunung berkenaan, diikuti dengan anaknya yang berjalan secara berhati-hati mengikut jejak langkah ibunya itu.

Sungguhpun telah berhati-hati, ada satu ketika di mana anak beruang tersebut tidak dapat mencengkam salji berkenaan kerana tapak tangan dan kakinya yang masih kecil. Ia menyebabkan berat badannya tidak dapat ditampung dan dia tergelongsor ke bawah. Ibunya pula semakin menghampiri bahagian atas.

Kita dapat lihat anak beruang berkenaan mula kehilangan stamina dan cuba untuk berpaut pada tebing salji tersebut dengan harapan agar tidak terjatuh. Kemudian, anak beruang tersebut tergelongsor lagi ke bawah dengan kelajuan yang agak tinggi dan membimbangkan. Nasib baik dia berjaya dapatkan semula kekuatan dan berpaut pada tebing tersebut sebelum terjatuh ke bawah.

Berbekalkan semangat tidak mudah mengalah, anak beruang itu kemudian meneruskan pendakian untuk kembali bersama ibunya di atas. Tetapi, ketika sedikit sahaja lagi untuk sampai ke ibunya, dia tergelongsor lagi ke bawah. Kasihan sungguh. Ibunya cuba menghulurkan tangan namun dia sudah pun terlambat. Nampaknya anak beruang itu perlu memulakan semuanya sekali lagi.

Anak beruang berkenaan sempat berpaut pada batu di tebing salji tersebut. Dia kemudian mula memanjat semula tebing salji itu dengan penuh semangat sehinggalah dia berjaya sampai kembali pada ibunya. Maka, mereka berdua dapat meneruskan kembali perjalanan mereka bersama-sama. Kegigihan dan kesungguhan anak beruang ini ternyata memberi inspirasi kepada kita agar tidak mudah berputus asa jika gagal dalam sesuatu perkara.

Tonton video kegigihan anak beruang ini di bawah:

Kredit: ViralHog/Youtube

Sumber: ViralHog/Youtube

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds