Lebih ramai rakyat Sweden mula melalui proses mengimplan mikrocip ke dalam tubuh sejak kerajaan memperkenalkan teknologi ini pada tahun 2015. Secara rasmi sejak bulan Mei 2018, warga Sweden semakin aktif menjalani prosedur mengimplan mikrocip bagi menggantikan segala akses dan identifikasi melalui kad dan kunci elektronik dalam urusan harian.

Sebelum ini hanya 100 orang yang menggunakan teknologi implan mikrocip yang terletak di pertengahan tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Kini jumlah warga Sweden dengan implan mikrocip sudah mencecah 4,000 orang dan semakin meningkat.

Kredit : sandra_wuerthner / Instagram

Kegunaan utama mikrocip ini adalah seperti berikut :

1. Menggantikan dompet elektronik, kad bank dan pelbagai kad kunci elektronik. Dengan mikrocip ini, anda hanya perlu menyentuh tangan pada terminal sesentuh dalam segala urusan akses dan identifikasi.

2. Cip ini sangat kecil sebesar sebiji beras.

3. Kos cip dan prosedur implan adalah kira-kira RM753.00. Kini terdapat syarikat di Sweden yang menawarkan servis ini untuk para pekerja.

4. Cip ini tidak mempunyai pengesan GPS, jadi seseorang itu tidak perlu bimbang akan diekori dan diperhatikan.

5. Cip ini akan berfungsi dan boleh membaca data dalam lingkungan beberapa sentimeter sahaja. Jadi segala informasi dan data pemilik adalah selamat dan amat sukar untuk dicuri oleh golongan tidak bertanggungjawab.

6. Cip ini bersifat pasif dengan hanya menyimpan informasi pemilik. Ia tidak boleh mengakses informasi pemilik lain atau mana-mana peranti yang tiada kaitan.

Kredit : Daily Mail

Saintis berkata peranti mikrocip ini membuka era baru dunia digital kepada pengguna khususnya bagi rakyat Sweden. Ia lebih memudahkan cara dan kehidupan seharian manusia.

Mikrocip tidak boleh dilihat

Kredit : maleneanthony / Instagram

Jika tangan ditekan, rupanya seperti ini.

Kredit : sandra_wuerthner / Instagram

Diimbas dalam X-ray.

Kredit : datmimeguy / Instagram

Ciptaan terbaru ini sememangnya memudahkan kehidupan seseorang tetapi mendapat kritikan orang ramai kerana tiada jaminan data peribadi pemilik yang terkandung di dalam mikrocip adalah rahsia dan terpelihara.

Tiada jaminan, sekiranya mikrocip ini mempunyai fungsi tersembunyi yang boleh diubah suai menjadi penjejak GPS. Tidak mustahil sekiranya sebuah syarikat yang mengkehendaki para pekerjanya mengimplan mikrocip ini, dan mereka boleh mengaktifkan fungsi GPS untuk mengawal para pekerja.

Sumber : Bright Side, Daily Mail

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds