Roti adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai orang. Roti enak dimakan dengan pelbagai cara masakan dan tidak dinafikan ada orang yang gemar memakan roti kosong begitu sahaja.

Sayangnya, roti tidak tahan dalam tempoh yang lama dan ramai di antara kita yang masih memakan roti yang tidak ditumbuhi kulat dengan alasan roti itu tidak ada bakteria dan masih boleh dimakan.

Namun menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat sebenarnya.

Ini adalah kerana, kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan yang mempunyai ‘topi’ yang mudah dikesan oleh mata kasar. Namun akarnya yang tersembunyi dikenali sebagai ‘hyphae‘ adalah berbahaya buat manusia.

Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti. Maka, bahagian ‘bersih’ dalam roti juga pastinya tidak selamat!

Jika anda memakan roti yang telah berkulat, kesannya ialah anda boleh mengalami keracunan makanan.

Oleh itu, periksa tarikh luput roti sebelum anda membelinya. Harus diingatkan juga, walaupun belum tiba tarikh luput, anda perlu memastikan roti tersebut masih dalam keadaan baik dan tidak berkulat.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds