Muzik sering kali dianggap memiliki kuasa ajaib dan penuh misteri dan berupaya meninggalkan kesan pada minda, tubuh dan emosi manusia. Muzik telah lama digunakan bagi membantu individu untuk menangani perasaan yang kadang kala dilanda tekanan dan kesukaran. Oleh yang demikian, muzik ditambah di dalam program rehabilitasi kerana ia mampu meningkatkan aktiviti pada neurotransmitter di dalam otak kita. Selain itu, terapi muzik juga memainkan peranan penting dalam membaiki kawalan motor dan fungsi emosi pesakit yang dijangkiti penyakit atau mengalami ketidakupayaan.

Kredit: 6am-group.com

Pesakit yang menderita penyakit Parkinson, penyakit mental seperti skizofrenia, dan gangguan lain telah mendapat manfaat daripada terapi muzik kerana ia dapat membantu mengurangkan gejala kemurungan dan kebimbangan, mencipta kreativiti, meningkatkan komunikasi antara pesakit dan penjaga, dan banyak lagi.Terapi muzik biasanya menfokuskan kepada muzik oleh pakar terapi manakala pesakit melibatkan diri dengan bermain alat muzik bersama. Ia boleh dilakukan secara individu atau dalam persekitaran terapi kumpulan. Terdapat dua cabang utama terapi muzik iaitu terapi muzik aktif dan terapi muzik pasif

Menerusi terapi muzik aktif, pakar terapi dan pesakit akan bersama-sama bermain alat muzik atau menggunakan suara untuk menyanyi atau menggunakan tubuh untuk menari dan aktiviti regangan. Alatan muzik untuk terapi aktif pula adalah dipilih bagi melibatkan beberapa organ deria seperti sentuhan, pendengaran dan penglihatan. Bagi terapi muzik pasif, ia melibatkan pakar terapi untuk memainkan muzik yang menenangkan selain membiarkan pesakit berimaginasi imej yang tenang bagi menggambarkan perasaan, sensasi dalaman dan dialog mereka.

Dalam kedua-dua bentuk terapi muzik, komponen melodi dan irama dimanipulasi sedemikian rupa sehingga mereka dapat mengungkap dan merasai banyak emosi seperti kesedihan, kekecewaan, kesedihan, kesepian, rasa syukur, dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, muzik dapat membantu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, dan mengatasi minda negatif. Penyelidik percaya bahawa terapi muzik dapat membantu pesakit berasa lebih baik dan mengurangkan penggunaan ubat-ubatan.

Berikut merupakan faedah mendengar muzik:

1. Melegakan ketegangan

Kredit: rawpixel/Unsplash

Apabila anda berasa suram, sedih atau tertekan, cuba mendengar muzik yang menenangkan dan lembut kerana ia dapat membantu. Kemurungan mengurangkan aktiviti otak dan bertanggungjawab untuk menghalang kemampuan minda untuk merancang dan menjalankan tugas. Muzik yang menenangkan membantu meningkatkan tahap serotonin di otak anda, yang dapat mengurangkan kemurungan.

2. Mengurangkan rasa bimbang dan kesan tekanan fizikal

Kredit: A Conscious Rethink

Muzik boleh memberi kesan psikologi langsung dengan bantuan sistem saraf autonomi anda. Muzik boleh menyebabkan tindak balas emosi dan motor serta-merta dengan menggabungkan pergerakan dan merangsang pelbagai laluan deria. Apabila pesakit memainkan alat muzik, kedua-dua rangsangan sentuhan dan auditori membantu dalam menghasilkan kelegaan mental

Terapi muzik dianggap salah satu terapi semula jadi terbaik untuk banyak penyakit. Ia juga telah terbukti mempunyai banyak faedah untuk orang-orang yang mengalami masalah kognitif atau fizikal, seperti kanak-kanak cacat atau orang dewasa, yang menderita penyakit kronik atau demensia

3. Memberi penyembuhan

Kredit: Memorial Sloan Kettering Cancer Center

Apabila terapi muzik digunakan dalam persekitaran hospital, ia boleh meningkatkan penyembuhan dengan memberi kesan positif ketika kecemasan sebelum pelbagai jenis ujian atau prosedur. Kajian telah mendedahkan bahawa terapi muzik membantu mengurangkan kebimbangan pada pesakit yang menjalani prosedur jantung atau merawat pesakit selepas menjalani pembedaha

4. Membantu mengubah cara berfikir

Kredit: ScienceNordic

Muzik dapat meningkatkan tahap serotonin di otak anda, selain mengurangkan depresi dan tekanan. Ia memainkan peranan penting dalam membuat anda berfikir secara positif dan meningkatkan kebahagiaan. Apabila muzik mempunyai kesan positif pada tubuh seseorang, ia membantu mereka menyebarkan positif kepada orang lain.

5. Membantu memperbaiki komunikasi

Kredit: UK HealthCare – University of Kentucky

Orang yang tertekan kadang kala merasa sukar untuk berkomunikasi. Oleh itu, muzik yang dapat meringankan kemurungan dan kebimbangan, menjadikan mereka lebih mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini sekaligus membolehkan mereka mengembangkan rangkaian sosial mereka, selain mengelakkan mereka daripada rasa terasing.

Sumber: The Epoch Times

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds