Berikutan kebakaran terbesar di selatan California, orang ramai turut berasa terharu dengan beberapa berita yang menunjukkan jabatan bomba dan penyelamat yang bertugas turut menyelamatkan pelbagai nyawa yang boleh diselamatkan, termasuklah haiwan.

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Misalnya, anggota bomba daripada Amerika Syarikat dilaporkan telah menyelamatkan seekor anak rusa yang kurus yang memerlukan bantuan.

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Penyelamat Hutan Amerika Syarikat – Hutan Kebangsaan Cleveland ini jelas menunjukkan anak rusa yang diselamatkan itu telah mengalami dehidrasi akibat suhu panas melampau dan keletihan.

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Ramai orang memuji tindakan anggota bomba yang turut membantu anak rusa itu walaupun mereka sedang berusaha dalam urusan memadam kebakaran yang terbesar dalam sejarah California itu.

Tidak hairanlah apabila perkongsian yang menyentuh hati ini terus menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada para pengguna internet, dengan ramai orang yang memuji tindakan para anggota bomba tersebut.

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

“Tuhan memberkati semua petugas pemadam kebakaran lelaki dan wanita yang telah memastikan keselamatan kita semua dan pergi meredah bahaya dan anak rusa yang manis ini. Nilai kemanusiaan dan sikap murni anda membuat saya kagum dengan anda dan kerja yang menakjubkan yang telah anda lakukan di sini,” tulis salah seorang daripada pengguna Facebook pada perkongsian itu.

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Selain itu, ada juga yang menulis, “Sepanjang hidup saya, saya tahu anggota bomba berada di sana untuk memadam kebakaran dan saya menghormati perkara itu. Tetapi apabila mereka menyelamatkan saya yang terperangkap dalam api, mata saya melihat apa yang mereka harus lalui untuk memastikan kita selamat. Ia telah mengubah persepsi saya selama-lamanya tentang wira sebenar.”

Kredit: U.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Adalah sesuatu yang sangat mengharukan untuk melihat bagaimana anggota bomba berani menggadaikan nyawa mereka semata-mata untuk menyelamatkan rumah, orang awam dan haiwan liar. Dedikasi dan belas kasihan yang ada pada mereka adalah sesuatu yang sangat disanjung tinggi.

Terima kasih kepada semua anggota bomba di luar sana untuk semua yang anda lakukan untuk memastikan kami selamat.

Sumber: VideoasisU.S. Forest Service –  Cleveland National Forest/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds