‘Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula.’ Tindakan seorang pelajar di China yang bercadang untuk menyimpan duit bagi berbelanja pada hari jualan murah besar-besaran pada 11 November lalu akhirnya memakan dirinya sendiri.

Kredit: Netizen Watch/YouTube

Pelajar itu yang dikenali sebagai Hong Jia telah menjadi bualan hangat di media China selepas dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat hanya memakan mi segera sahaja selama tiga minggu. Menurut Hong Jia, tindakannya itu dilakukan demi menyimpan wang saku untuk berbelanja habis-habisan semasa jualan murah yang hanya ditawarkan setahun sekali itu.

Kredit: Netizen Watch/YouTube

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila Hong Jia mengalami demam panas sehingga perlu mendapat rawatan di hospital. Berikutan hal ini, hampir kesemua wang yang telah dikumpulkan iaitu kira-kira 749 yuan (RM 452.45) terpaksa digunakan untuk melangsaikan bayaran ubat dan suntikan yang diterima olehnya.

Kredit: Netizen Watch/YouTube

“Saya menggunakan hampir kesemua wang simpanan saya untuk sembuh,” kata Hong Jia kepada media. “Suntikan IV yang diterima memakan kos lebih daripada 1,000 yuan (RM 604.10) dan ubat pula dikenakan bayaran lebih daripada 100 yuan (RM 60.40).”

Walaupun wanita ini tidak mengulas lanjut berkenaan sebab demam panas yang dihidapinya, namun dia percaya bahawa mi segera yang dimakan itu boleh menjadi salah satu sebab yang munasabah.

Kredit: Netizen Watch/YouTube

Setelah berita tentang Hong Jia menjadi tular di laman sosial di China dengan tajuk ‘diet murah’, ramai pengguna internet yang tidak bersetuju dengan perkara yang dilakukan olehnya kerana sudah semestinya dengan hanya memakan mi segera, hal ini akan memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan si pemakan. Tidak cukup dengan itu, Hong Jia juga menerima teguran daripada ibunya yang menonton sendiri video berkenaan dirinya dan menyatakan rasa marahnya kepada anaknya itu dan menasihatinya untuk minum air suam dengan lebih banyak.

Kredit: Netizen Watch/YouTube

Sumber: Odditycentral, Siakap Keli

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds