Adakah anda masih ingat akan jeli di dalam mangkuk plastik kecil yang bewarna-warni ketika di zaman sekolah dahulu? Mungkin ada segelintir daripada kita yang masih makan sehingga sekarang. Kadang kala, kita akan membawa jeli berkenaan untuk majlis jamuan di sekolah, jamuan hari jadi rakan dan pelbagai lagi. Namun, tahukah anda pada tahun 2011, jeli sebegitu telah diharamkan di Malaysia?

Kredit: Kaodim

Menurut laporan Oriental Daily, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengimplimentasikan larangan berkenaan pada tahun 2011 di mana kedai dilarang menjual jeli di dalam mangkuk plastik kecil berdiameter kurang daripada 45 milimeter.

KKM juga telah mengarahkan kepada penjual untuk menarik balik produk mereka pada bulan Ogos tahun ini, jelas presiden Persatuan Peniaga Makanan dan Permainan Malaysia, Chung Shan Yong. Chung berharap agar pihak kementerian akan mengkaji dengan lebih lanjut akan larangan penjualan jeli berkenaan. Menurutnya, lebih 70% daripada jeli dalam mangkuk plastik kecil yang dijual dalam pasaran di Malaysia adalah berdiameter kurang daripada 45 milimeter.

Kredit: Sinchew

Larangan tersebut juga dibuat di Eropah dan Amerika Syarikat disebabkan oleh penggunaan bahan pemekat ‘konjac’ yang menyukarkan jeli berkenaan sukar dilarutkan. Sudah terdapat 14 buah kes yang melibatkan kanak-kanak di Amerika yang tercekik ketika memakan jeli sedemikian walaupun bersaiz kecil. Tetapi, hasil siasatan mendapati bahawa terdapat penggunaan konjac pada produk tersebut.

Menurut Chung, jeli di dalam pasaran tempatan tidak menggunakan konjac, sebaliknya menggunakan ‘carrageenan’– lebih lembut dan kurang risiko tercekik. Persatuan berkenaan telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye bagi membincangkan larangan ini selain berharap agar pihak kerajaan menarik balik larangan tersebut.

Kredit: Shopback

KKM pula memberi maklum balas bahawa kementerian itu akan meneliti dan mengkaji semula keselamatan penjualan jeli berkenaan selain bersetuju untuk menggantung penguatkuasaan selama enam bulan supaya peniaga masih boleh menjual jeli mereka.

Sumber: World of Buzz , Oriental Daily

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds