Awal tahun ini, tersebar satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial apabila seorang isteri memberi kejutan kepada suaminya dengan sekotak hadiah berisi sarung tangan bayi yang comel, menandakan mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata selepas menunggu selama 5 tahun.

Hati siapa yang tidak gembira apabila mendapat tahu berita seperti ini tambahan setelah berusaha gigih selama 5 tahun. 5 tahun itu satu tempoh yang lama, hingga mampu membuat pasangan berputus asa dalam menanti kehadiran cahaya mata sulung. Namun bagi yang sentiasa mempercayai rezeki itu kurniaan Tuhan, apabila memikirkan soal zuriat, setiap pasangan jangan pernah berputus asa.

Kredit : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook

Seorang wanita yang kini bergelar ibu bernama Intan Nur Elliana Zakaria, yang memberi kejutan berita kehamilan kepada suaminya dalam rakaman video tersebut telah selamat melahirkan bayi perempuan comel dengan nama Delima Nur Lailasari pada 27 September yang lalu.

Kredit : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook

Ibu bapa mana yang tidak berasa terharu apabila dapat mendakap dan merenung bayi kesayangan mereka setelah dengan sabar menunggunya selama 5 tahun.

Kredit : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook

Pasangan suami isteri ini tampil berkongsi ikthiar dan usaha keras yang dilakukan dalam memperolehi zuriat. Mereka berharap semua pasangan yang belum memperolehi zuriat walaupun selepas beberapa tahun berkahwin supaya tidak berputus asa dan bersabar, kerana satu hari mereka pasti menemui kejayaan. Ikuti perkongsian perjalanan mendapatkan zuriat yang ditulis oleh Intan Nur Elliana Zakaria  seperti di bawah.

PERJALANAN RAWATAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.

1.2014 – Dari segi ubat-ubatan dan makanan tambahan.

Suami mengambil makanan sunnah seperti kurma, delima dan madu.

Saya juga mengambil makanan sunnah.

Kami pergi mendapatkan pelbagai rawatan batin tetapi tidak berhasil.

2.2015 – Melakukan pemeriksaan kesuburan di hospital bagi suami dan isteri. Hospital swasta mengenakan caj RM800 untuk pemeriksaan permulaan. Jika di hospital kerajaan pasti lebih murah. Cuma kelebihan mendapat keputusan di hospital swasta lebih cepat iaitu dalam jangka masa setengah hari.

Keputusan menyatakan sperma suami saya terdapat masalah lambat dan tidak aktif.

Saya pula mengalami masalah PCOS, iaitu telur banyak tetapi semuanya kecil dan tidak matang.

Jadi, kami sudah mengenal pasti masalah secara teori.

3.2017 – Kurangkan berat badan dan menjaga pemakanan.

Saya mengamalkan diet atkins yang membuang karbohidrat dan gula selama 3 bulan. Berat badan menurun dari 95 kilogram kepada 80 kilogram. Saya nasihatkan bagi yang tidak mampu berdiet cara ini, jangan memaksa diri.

Lakukan senaman seperti melakukan larian atau senaman ringan lain.

Suami saya juga mengamalkan diet dan bersenam. Berat badanya turun dari 112 kilogram kepada 110 kilogram. Dia tidak pernah merokok.

Saya juga memakan asid folik.

4.2017 – Akhir tahun dalam bulan Disember – Menjalani rawatan tradisional.

Suami saya menjalani rawatan urutan urat saraf di Kampung Haji Dorani, Sungai Besar, Kuala Selangor.

Saya juga menjalani rawatan urutan hamil di Melaka.

Kami melakukan bekam seluruh badan untuk mengeluarkan angin dan darah kotor dalam badan, sebanyak sebulan sekali.

Kerap berbulan madu. Jika tiada bajet, di rumah juga boleh menjadi romantik.

5.2018 – Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa 3 bulan, dan menjalani urutan di Melaka, pada awal tahun di bulan Januari, 2018, saya telah disahkan hamil.

Kredit : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook

6.September, 2018 – Dengan rasa syukur, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat diberi nama Delima Nur Lailasari pada tanggal 27 September 2018.

Kredit : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook

Kami doakan anda semua juga akan berjaya mendapatkan zuriat satu hari nanti. Jangan mudah berputus asa. Beri sokongan dan semangat kepada pasangan masing-masing. Selalu berdoa dan bersedekah serta memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Semoga usaha keras anda dipermudahkan dan memperolehi keberkatan. Dengan IzinNya.

Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna.

Sumber : Intan Nur Elliana Zakaria / Facebook , Siakap Keli

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds