Eric Geusz merupakan seorang jurutera perisian (software engineer) yang sentiasa mendapat inspirasi dalam menghasilkan karya-karya seni yang hebat. Apa yang menarik mengenai hasil kerja Eric adalah, beliau mendapat cetusan idea daripada barangan yang anda biasa lihat seperti sudu, botol sos cili dan sebagainya untuk diubah menjadi rekabentuk kapal angkasa yang menakjubkan!

Setiap hasil lukisan Eric begitu mengagumkan dan unik serta di luar kotak! Eric ternyata memiliki daya kreativiti yang tinggi kerana mampu melihat satu objek biasa dan mengubahnya menjadi objek yang lain.

Kredit: spacegooose

“Saya mula melukis dan menghasilkan rekaan kapal angkasa daripada permainan Lego sejak saya menonton filem Star Wars pada tahun 1997. Saya sangat meminati sains fiksyen dan fantasi serta seringkali berangan-angan ingin mengubah dunia di sekeliling saya menjadi dunia ciptaan saya sendiri,” kata Eric kepada Bored Panda.

Tambahnya lagi, “Saya sentiasa terinspirasi dengan artis sains fiksyen seperti Moebius, Ralph Mcquarrie, Chris Foss, Syd Mead dan lain-lain. Saya juga gemar melihat seni buku sebagai konsep sebagai kecil. Antara permainan video kegemaran saya adalah Homeworld, Mass Effect dan Halo.”

Ternyata setiap hasil karya yang diciptakan oleh Eric ini mendapat perhatian ramai. Malah, Eric turut menggalakkan orang ramai untuk sentiasa berangan.

“Kapal angkasa adalah seperti naga. Anda bebas untuk membentuknya seperti yang anda mahukan tetapi bagaimana ia mencetuskan perasaan pada diri anda adalah yang paling penting.”

Jelas Eric lagi, antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk menzahirkan idea asal tetapi boleh dikenali ramai.

“Terdapat banyak rekaan yang boleh menjadi sumber inspirasi tetapi saya juga sentiasa cuba mencari sesuatu yang unik. Saya buat banyak lakaran sehingga kadangkala terpaksa memulakan semula sebelum memperoleh hasil terbaik.”

Lihat sendiri tahap kreativiti Eric dalam menghasilkan lukisan kapal angkasa yang tersendiri berdasarkan objek-objek yang anda biasa lihat.

#1 Gabungan alat kawalan TV dan alat kawalan permainan video

Kredit: Eric Geusz

#2 Botol sos cili

Kredit: Eric Geusz

#3 Fidget spinner

Kredit: Eric Geusz

#4 Dua sudu dan sebiji lemon

Kredit: Eric Geusz

#5 Pengupas sayur dan buah

Kredit: Eric Geusz

#6 Alat pengepit makanan

Kredit: Eric Geusz

#7 Pembuka tin

Kredit: Eric Geusz

#8 Botol syampu

Kredit: Eric Geusz

#9 Pencukur elektrik

Kredit: Eric Geusz

#10 Engsel

Kredit: Eric Geusz

Sumber: Bored Panda

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds