LOS ANGELES – Pada 30 November lalu, satu gempa bumi dengan kekuatan 7.0 magnitud telah menggegarkan Anchorage, Alaska dan mengakibatkan banyak bangunan musnah teruk selain memutuskan rangkaian perhubungan.

Kredit: AP

Gegaran tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8.29 pagi waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) ketika penduduk sedang sibuk melakukan urusan harian seperti menghantar anak-anak ke sekolah dan ke tempat kerja.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pihaknya telah berjaya mengenal pasti lokasi pusat gempa tersebut iaitu di 13 kilometer ke utara Anchorage dengan kedalaman sejauh 40km.

“Banyak rumah dan bangunan mengalami kerosakan. Jalan raya dan jambatan juga ditutup kerana dalam keadaan bahaya untuk digunakan,” lapor pihak polis mengenai kemusnahan di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 300,000 orang itu.

Pada masa yang sama, kejadian gempa ini turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di sekitar kawasan Cook Inlet dan Kenai. Bagaimanapun, amaran berkenaan telah ditarik balik.

Beberapa penduduk tempatan turut mengongsikan beberapa gambar dan video mengenai kejadian gempa ini menerusi media sosial.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum lagi menerima laporan rasmi mengenai sebarang aduan kecederaan mahupun kehilangan nyawa penduduk.

Sumber: Astro AWANI

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds