Melihat rakan-rakan yang mempunyai bentuk badan yang menarik serta perut yang kempis, pasti dicemburui oleh sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai perut buncit bukan?

Untuk mendapatkan bentuk badan idaman, pasti perlu melakukan beberapa cara seperti menjaga pemakanan, mengambil jamu atau makanan tambahan lain.

Selain itu, senaman juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan bentuk badan idaman namun itu adalah perkara yang paling ramai orang cuba elakkan bukan?

Pelbagai alasan diberikan seperti tiada peralatan senaman yang cukup, tiada masa dan macam-macam lagi.

Tetapi selepas melihat rakaman seekor kucing melakukan ‘sit-up’ di bawah kereta ini pasti akan membuatkan anda berasa tergugat dengan si comel ini.

Kucing ini dilihat melakukan ‘sit-up’ beberapa kali dan aksinya sungguh comel sekali. Tidak disangka, kucing pun mahu melakukan senaman. Mungkin kucing ini pun berasa malu dengan rakan-rakannya yang lain yang kelihatan lebih ramping darinya.

Oleh itu, jika anda berasa malas untuk melakukan senaman walaupun hanya untuk lima minit, tontonlah video ini dan ingatlah tentang kucing ini. Mungkin sedikit sebanyak akan mempengaruhi anda untuk melakukan senaman dengan lebih kerap!

Kredit: LADbible/Facebook

Sumber: Astro AWANILADbible/Facebook

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds