SERDANG: Akibat daripada pembaziran makanan di kalangan masyarakat negara ini semakin membimbangkan malah di peringkat kritikal, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan denda ke atas pelanggan di hotel dan restoran yang membazirkan makanan.

Kredit: ACCIN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia adalah langkah bagi mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia. Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti keperluan menggubal Akta Pembaziran Makanan dari pelbagai sudut.

“Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang hampir satu kilogram makanan setiap hari. Masyarakat perlu lebih menghargai dan mengelakkan tabiat pembaziran makanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup MAHA 2018.

Kredit: freemalaysiatoday

Selain itu, kerajaan juga akan mengambil langkah lain termasuk Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di mana lebihan makanan yang diperoleh daripada pasar raya besar seperti roti, sayur dan buah-buahan akan diagih kepada mereka yang memerlukan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah turut menegaskan, dengan mengurangkan tabiat pembaziran makanan ia secara langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sumber: Astor Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds