Pemain tenpin bowling negara, Rafiq Ismail melakar sejarah apabila berjaya menamatkan kemarau 39 tahun apabila membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan di Kejohanan Bowling Lelaki Dunia di Hong Kong, pada 1 Disember, Sabtu lepas.

Kredit: Astro Awani

Pemenang pingat emas Sukan Asia itu mempamer aksi cemerlang selepas berjaya menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan Maclelland dari Kanada dengan 217-204 jatuhan pin.

Pada aksi separuh akhir, Rafiq menerima tentangan sengit sebelum menewaskan pemain Amerika Syarikat, Kyle Troup 171-170.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam kategori lelaki dalam kejohanan itu ialah pada tahun 1979 di Manila, menerusi gandingan trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim.

Dalam pada itu, satu lagi berita gembira daripada skuad tenpin bowling negara apabila gandingan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam turut berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki.

Mereka berjaya menewaskan pesaing dari Amerika Syarikat, EJ Tackett dan Andrew Anderson dengan mencatat 433-370 jatuhan pin. Kejayaan ini diumumkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia di laman Twitter rasmi mereka.

Tahniah skuad tenpin bowling Malaysia!

Sumber: astroawani

 

 

 

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds