KUALA LUMPUR –  Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1MDB akan dimasukkan di dalam silibus subjek Sejarah Malaysia yang baharu sebagai satu usaha memastikan ia dipelajari dan menjadi pengajaran, dan tidak akan diulangi oleh generasi akan datang.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam sesi Dewan Rakyat berkata, turut akan dimasukkan ke dalam silibus ialah kes-kes besar membabitkan khazanah negara yang didakwa telah dicuri dan disamun oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Kredit : Astro Awani

Kata Dr. Maszlee, “Saya setuju dengan pandangan Pontian (Datuk Ahmad Maslan) tentang sesuatu kesilapan dalam sejarah, perlu dipelajari agar ia tidak lagi diulangi. Saya memberi jaminan isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia supaya tidak diulangi. Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun.”

Terdahulu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanudin Mohd Yunus, Dr. Maszlee memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pihak kementerian akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji silibus subjek Sejarah yang diguna pakai di negara ini.

Kredit : Pustaka Saujana / Gambar Hiasan

Dr. Maszlee menjelaskan, “Untuk makluman dewan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan kurikulum dan buku teks Sejarah, dan jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada.”

Menurutnya lagi, “Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan pakar dan ahli sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.”

Kredit : Cempedak Chesse / Gambar Hiasan

Justeru, Dr. Maszlee turut menyeru kepada pihak media agar membantu mengenengahkan pakar-pakar sejarah yang selama ini tidak mendapat liputan yang sewajarnya, dalam usaha memastikan ilmu pengetahuan mereka dapat digunapakai dalam proses menambahbaik silibus Sejarah itu kelak.

Sumber : Astro Awani

 

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds