Tidak dinafikan, kewujudan haiwan-haiwan liar yang berkeliaran secara bebas sama ada di kedai makan, perhentian bas dan juga lorong belakang rumah kadangkala boleh menyebabkan kita rasa sedikit terganggu.

Hal ini demikian kerana haiwan-haiwan ini tidak dijaga dengan baik serta kemungkinan besar ianya boleh menyebarkan penyakit seperti rabies yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Kredit: DNA India

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial dari Iraq bernama Aws Al-sewaidi telah mengongsikan pengalamannya ketika mengunjungi Istanbul di Turki. Lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Aws ini ternyata amat mengagumi tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menjaga kebajikan anjing-anjing liar dan terbiar di negaranya.

Lebih mengejutkan lagi, anjing-anjing terbiar itu langsung tidak mempunyai kelakuan yang liar seperti kuat menyalak dan mengganggu keharmonian masyarakat setempat. Sebaliknya, anjing-anjing ini dikatakan sangat baik dan boleh ‘melepak’ di kawasan taman dan tempat riadah dengan tenang sambil dikelilingi oleh manusia lain.

Kredit: Facebook

Dalam erti kata lain, sekilas pandang sahaja pasti kita menyangkakan anjing-anjing ini seperti dipelihara dengan baik oleh tuannya sedangkan ia adalah anjing liar yang bergerak bebas.

Ini merupakan perkongsian Aws yang turut membuatkan kita semua teruja dengan inisiatif kerajaan Turki ini…

“Sebaik sahaja saya mendekati salah seekor anjing, saya melihat ada label pada telinga anjing itu dan saya menyedari label itu ada pada kebanyakan anjing terbiar di Istanbul. Selepas bertanya kepada orang awam dan mencari maklumat di internet, rupanya pihak kerajaan telah membentuk satu kumpulan manusia untuk mencari anjing jalanan dan membawa anjing-anjing ini ke pusat perlindungan untuk dimandikan dan diberikan vaksin.”

Kredit: Facebook

Bukan sahaja itu, setiap anjing yang mempunyai label ini pada telinga turut diberikan nama. Dengan adanya label tersebut, kumpulan pelindung anjing ini boleh menjejaki kesemua anjing-anjing itu bagi memberikan vaksin secara berkala.

Meskipun Turki merupakan salah sebuah negara yang padat dengan penduduk, ternyata pihak kerajaan mengambil berat akan kebajikan manusia dan tidak langsung mengabaikan keperluan haiwan yang terbiar.

Kredit: PPcorn

Setelah mengongsikan pengalamannya yang menakjubkan itu di Facebook, perkongsian ini telah menjadi tular dan dikongsikan oleh netizen dari seluruh dunia! Rata-ratanya amat memuji tindakan kerajaan Turki yang sanggup menjaga kebajikan anjing jalanan dengan penuh kasih sayang meskipun majoritinya adalah penduduk beragama Islam.

Komen seorang netizen, “Ini adalah perkara benar. Segelintir pemilik kedai akan membiarkan anjing ini tidur di dalam kedai mereka pada waktu mereka pada musim sejuk.”

Sementara itu di beberapa negara lain, haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing jalanan akan ditangkap dan dibunuh dengan kejam malah dijadikan hidangan bagi masyarakat tempatan.

Kredit: BBC News

Sumber: World of Buzz

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds