Isu gelandangan atau orang tidak berumah terdapat di mana sahaja di dunia, dan tidak terkecuali di negara maju seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai masalah orang gelandangan lebih besar. Untuk mengatasi masalah gelandangan di bandar besar amat sukar kerana untuk membantu golongan ini mendapatkan rumah mampu milik bukannya mudah, dan bilangan mereka pula semakin bertambah.

Seorang lelaki dari Portland, Maine mengutarakan idea yang mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian kepada isu golongan gelandangan yang sedang dihadapi oleh bandar itu. Idea yang melibatkan pembelian dan menukar fungsi sebuah kapal persiaran yang sudah ‘bersara’ daripada perkhidmatan menjadi rumah perlindungan golongan memerlukan.

Kredit : WBIR / YouTube

Seorang usahawan bernama Kenneth Capron mencadangkan idea ini kepada majlis perbandaran yang kemudian mendapat maklum balas yang sangat positif dikalangan komuniti Portland.

Kenneth Capron mencadangkan supaya dok kekal yang terdapat dalam kapal persiaran yang telah berlabuh di pelabuhan bandaraya itu berpotensi menyelesaikan masalah gelandangan dan golongan tidak berumah, termasuk lokasi, jumlah unit berpotensi dan menempatkan ruang sedia ada dengan menukarnya menjadi rumah kepada golongan gelandangan dan tidak berumah.

Kredit : Kenneth Capron / Facebook

Katanya, “Kita menumpukan sasaran kepada empat populasi iaitu gelandangan atau tidak berumah, berpendapatan rendah, buruh kasar dan imigran. Mereka semua memerlukan latihan pekerjaan. Dan kita mampu menawarkan kepada mereka di atas kapal.”

Datuk Bandar Portland, Ethan Strimling berkata, “Saya tidak pasti sama ada ia satu idea paling gila, atau paling bijak yang saya pernah dengar. Tetapi apa yang saya ketahui, ia merupakan salah satu penyelesaian kreatif tentang bagaimana menyelesaikan masalah untuk menyedia dan membina perumahan golongan memerlukan di Portland.”

Kredit : Brandi Ibrao / Unsplash / Gambar Hiasan

Cadangan menyediakan penempatan di dalam kapal persiaran tersebut telah dirancang dengan teliti oleh Kenneth Capron. Kenneth juga telah memohon geran kajian kebolehlaksanaan dilakukan secara bebas dan tidak berat sebelah semasa cadangan tersebut diteliti kelak.

Bergantung kepada keputusan kajian yang akan dibuat, Kenneth Capron dan bandaraya Portland telah membuat perancangan dan bersedia untuk meneruskan langkah seterusnya dalam projek ini.

Kredit : Anatoly Anikin / Unsplash / Gambar Hiasan

Menurut Datuk Bandar Ethan Strimling, “Sudah pasti terdapat banyak halangan untuk melaksanakan idea ini, tetapi sekali lagi saya katakan, penempatan segera amat diperlukan. Jika ramai yang sukakan idea yang gila-gila, tetapi ia amat kreatif dan juga masuk akal, saya amat berbesar hati mendengar, memikir dan menelitinya.”

Lihat video di bawah.

Kredit : WBIR /YouTube

Sumber : WBIR / YouTube , VideOasis

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds