KUALA LUMPUR – Cadangan disuarakan oleh salah seorang Ahli Dewan Negara di mana saman yang dikenakan terhadap mana-mana pemilik kenderaan warga Singapura perlu dijelaskan sebelum keluar dari Malaysia, selain tidak dibenarkan keluar jika mempunyai tunggakan saman.

Kredit: Astro Awani

Cadangan tersebut disuarakan oleh Senator Datuk Rabiah Ali yang berkata langkah berkenaan bertujuan untuk menghalang tindakan segelintir warga Singapura yang mahu ‘menguji’ kelajuan kereta mereka di lebuh raya Malaysia. Menurut beliau, “Pemanduan secara melulu dan lumba haram oleh pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi oleh dari Singapura menjadi satu ancaman keselamatan kepada pengguna lain dan ia agak sukar untuk ditangani.”

“Hampir setiap minggu, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Johor Bahru ke Melaka menjadi litar ujian kenderaan mewah mereka,” jelasnya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada Selasa. Justeru, saman kompaun trafik terhadap kenderaan asing perlu dinaikkan kepada jumlah maksimum, selain dihalang untuk meninggalkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sekiranya masih belum menjelaskan saman berkenaan.

Kredit: Facebook

Pada waktu yang sama, seorang lagi anggota Dewan Negara mencadangkan agar pihak kerajaan menggubal satu akta berkaitan dengan penjualan aset kerajaan bagi memastikan ia dipelihaara dan tidak mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat khususnya. “Ia bagi mengelakkan aset dijual dan dimiliki oleh rakyat asing sehingga menjejaskan kepentingan rakyat,” kata Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas. Selain itu juga, ia adalah perlu bagi menjamin aset kerajaan dijual kepada kroni dan pihak berkepentingan yang lain.

Sumber: Astro Awani

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds